Majlis Khatam Quran Bersama Sheikh Abdul Hakim

cara khatam quran, tadarus quran di masjid al-azhar, sheikh abdul hakim di jami azhar



Sheikh Abdul Hakim bin Abdul Latif (berkaca mata) ialah sheikhul qurra’ di Jami’ al-Azhar, Kaherah. Disebelah beliau yang berserban putih berkopiah merah ialah seorang sheikh buta. Sememangnya Mesir ramai sheikh-sheikh buta tapi alim dalam ilmu Quran.

Video ini memaparkan halaqah Quran pada hari khatamnya. Kelihatan juga pelajar belah nusantara, tak pasti orang Malaysia atau Indonesia. Ada pelajar yang membaca dengan qiraat berbeza seperti Qiraat Warsy dan kita boleh dengar macam-macam selanga menunjukkan asal orang tersebut.

Sujud Sajdah



Lihat pada minit 0.11.55 pada Surah al-Insyiqaq, ayat 21 (Sheikh Abdul Hakim sujud dengan isyarat kerana keuzuran). Dan pada minit 0.30.49 pada Surah al-Alaq, ayat 19. Kelebihan sujud sajdah nih syaitan-syaitan berteriak menangis kerana dulu mereka diperintah sujud dulu-dulu tapi angkuh. Tapi manusia bila diperintah sujud terus sujud.

Bacaan Khatam Dan Berdoa


Sheikh Abdul Hakim mengakhiri dengan bacaan al-Fatihah dan lima ayat awal Surah al-Baqarah (begitulah cara sebenar khatam Quran) dengan Qiraat Ibnu Zakwan dengan tariq Saktah dan Imalah Ra’ pada minit 0:46:00.

Sehabis baca, para jemaah mengadap kiblat dan berdoa dengan doa peribadi masing-masing. Kemudian berpaling dalam halaqah semula dan Sheikh membaca doa dan jemaah mengaminkannya. Sesungguhnya pada majlis khatam Quran rahmat turun mencurah-curah kerana itulah pada zaman Sahabat dan Tabi’in penuh orang mengaminkan doa kerana itu adalah saat-saat paling mustajab doa.

Write a comment