Ayat Quran Di Harvard



Massachusetss: Universiti Harvard meletakkan ayat al-Quran di pintu masuk ke fakulti undang-undangnya, menyifatkan ayat itu sebagai antara ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah, lapor akhbar Arab Saudi baru-baru ini.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنْفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالأقْرَبِينَ إِنْ يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَى بِهِمَا فَلا تَتَّبِعُوا الْهَوَى أَنْ تَعْدِلُوا وَإِنْ تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا (١٣٥)


O you who have believed, be persistently standing firm in justice, witnesses for Allah, even if it be against yourselves or parents and relatives. Whether one is rich or poor, Allah is more worthy of both. So follow not [personal] inclination, lest you not be just. And if you distort [your testimony] or refuse [to give it], then indeed Allah is ever, with what you do, Acquainted.
 
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Ayat 135 Surah An-Nisa diletakkan pada dinding berdepan dengan pintu masuk utama fakulti itu, khusus untuk frasa terbaik mengenai keadilan. Seorang penuntut Arab Saudi yang belajar di universiti berkenaan menyiarkan gambar poster itu dalam akaun Twitternya, menurut akhbar Ajel.

Ungkapan Hebat

“Saya nampak ayat berkenaan diletakkan oleh fakulti undang-undang, yang menyifatkan ia sebagai ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah,” kata Abdullah Jumma.

Universiti Harvard dibina di Cambridge pada 1636 sebagai institusi pengajian tinggi paling tua di Amerika Syarikat.

© Berita Harian

Write a comment