Ijazah KUIN Belum Iktiraf Dol Oii!

Alor Setar: Sekumpulan graduan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dimiliki kerajaan PAS Kedah, terkejut mendapat tahu kolej itu hanya membuat permohonan kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi kursus mereka kira-kira dua minggu sebelum konvokesyen berlangsung.

Justeru, mereka yakin sukar untuk mendapatkan ijazah masing-masing dalam masa terdekat kerana proses berkenaan biasanya mengambil masa sehingga tujuh bulan.
Keadaan itu menyebabkan graduan terbabit tidak dapat menyambung pengajian di peringkat sarjana di institusi pengajian tinggi (IPT) lain, selain tidak dapat membuat permohonan kerja dengan sektor awam.

Perkara itu disahkan sendiri seorang daripada tujuh graduan berkenaan, berdasarkan semakan di pejabat MQA selepas musykil dengan status masing-masing yang belum menerima ijazah walaupun menghadiri majlis konvokesyen KUIN, di sini, pada 17 September lalu.


Status Akreditasi


Pelajar terbabit yang enggan namanya dikenali berkata, beliau mengunjungi pejabat MQA Jumaat lalu untuk mendapat kepastian mengenai status proses akreditasi bagi program Ijazah Sarjana Muda al-Quran di KUIN.

Katanya, beliau terkejut apabila dimaklumkan permohonan untuk tujuan itu hanya dikemukakan KUIN dua minggu sebelum konvokesyen.

Permohonan Ambil Masa Tujuh Bulan


Lebih mengejutkan, katanya, pegawai di pejabat MQA turut memaklumkan permohonan terbabit mengambil masa lama iaitu tujuh bulan selepas pihaknya membuat pemeriksaan ke atas dokumen yang dikemukakan KUIN.

“Kami berdepan risiko kerana dalam proses ini pihak MQA akan menjalankan auditnya sendiri dan turun membuat penilaian di KUIN sebelum meluluskan permohonan KUIN untuk mendapatkan akreditasi bagi bidang yang kami ambil.

“Proses ini hanya akan dijalankan selepas tujuh bulan dan ia bermakna kami mungkin perlu menunggu hingga setahun atau lebih, sebelum mengetahui nasib kami. Selepas lama menunggu baru kami boleh tahu sama ada sijil kami mendapat akreditasi atau tidak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan, tujuh graduan terkejut apabila tidak diberikan ijazah oleh pihak KUIN sedangkan masing-masing menghadiri konvokesyen kolej universiti itu pada 17 September lalu.



Biasalah dekat PRU13 nih, segala usaha mestilah dipertingkatkan walau apa saja demi kemenangan UMNO. Hidup Melayu!

Di IPT lain pun ada ijazah tak diiktiraf, tapi oleh kerana di negeri diperintah oleh UMNO satu-satunya parti menolong Melayu maka negeri lain senyap dulu. Kita bising di Kedah dulu, kan Kedah diperintah oleh Cina termasuklah Kelantan diperintah Cina. Hidup Melayu!

Write a comment