Tentu anda
pernah dengar salah seorang imam Mekah bernama Syeikh Ali Jabir, bersuara
sengau tapi lancar bacaannya. Beliau meninggal pada malam Khamis 13 Zulkaedah
1426 di Jeddah, jam 9 malam kerana pelbagai kompilasi penyakit.
Selepas
meninggal di hospital, almarhum di simpan di dalam peti sejuk hospital selama
12 jam. Bila dikeluar dari peti sejuk, nak dikirim ke Mekah, wajahnya kelihatan
segar, badannya tidak keras macam biasa. Kata doktor, “Ajaib, biasanya bila
masuk dalam peti sejuk 6 jam dah keras macam air batu ini 12 jam macam baru
sekejap masuk.”
Sheikh Muhammad Ayub mantan Imam Masjid Nabawi mengimamkan solat jenazah |
Sampai di Mekah
beliau di solatkan di Masjidil Haram selepas solat Asar. Kemudian dimaqamkan di
Syara’i’ di Mekah. Jenazah beliau disolatkan Syeikh Soleh Ali Soleh. Kemudian
sesampai di kawasan perkuburan di solat sekali lagi oleh Syeikh Muhammad Ayub,
mantan Imam Masjid Nabawi.
Kata anaknya
Abdullah, “Ayahnya berwasiat agar berpegang teguh dengan tali Allah, jaga solat
dan bacalah al-Quran.”
"كانت وصيته الأخيرة الاستمساك بحبل الله
المتين والمحافظة على الصلوات وقراءة القرآن"
Write a comment
Catat Ulasan