Parti PAS sudahpun melancarkan aplikasi android untuk orang ramai lebih mengenali partinya.
Maknanya apa? Sekarang ini orang begitu gila dengan telefon pintar dan menggunakan
kaedah teknologi terkini untuk menarik orang ramai adalah sesuatu usaha yang
tepat pada masanya.
Atas dasar point
di atas, saya mengalih kepada badan tertentu dalam negara kita. Apa guna
peruntukan beratus ribu tapi usaha yang dikembangkan hanyalah gerak kerja lama.
Gerak kerja menulis mashaf baru dengan bermacam-macam bungaan di tepi kulit
mashaf.
Adakah ini
berbaloi? Ya berbaloi tapi momentumnya untuk membantu masyarakat tidak begitu
power. Biasanya orang nak bernikah, nak buat hantaran kahwin akan mencari
mashaf baru bercorak bunga melor bertindih. Bagaimana diluar... yang masih
berjalan ke sana ke mari dengan telefon pintar tapi tak sempat membuka Quran? Sasaran
ini lebih ramai dari sasaran orang nak beli mashaf untuk buat hantaran nikah
kahwin.
Tapi apa kata
ketua jabatan? “Kita tak cukup dana dan kepakaran”.
Dana beratus
ribu peruntukan masih tak cukup? Atau otak bos ketua jabatan lemau dan lesu
kerana setiap pagi bersarapan macam raja, di tengahari ponteng mengambil anak
di sekolah, balik tempat kerja sembang-sembang sambung tidur? Bila masuk
mesyuarat bercakap seperti wakil rakyat atau lebih menyampah lagi meniru intonasi
suara pelakon Jalaludin Hasan bercakap.
Tak cukup
kepakaran? Kerana itu nak ambil pekerja ambil yang ada kepakaran, graduan
ijazah IT yang benar-benar mampu mengikuti kehendak industri. Bukan pekerja
baru diambil atas dasar kroni, muka hensem atau cun, atau dan atau sebab yang tak munasabah!
Mungkin ada yang
kata dah ada dalam aplikasi android Quran nih. Jawab saya, mashaf di pasaran
pun macam-macam tapi kita masih mencetak pelbagai jenis mashaf?
Jadi gunakanlah
peruntukan dana yang banyak untuk aktiviti dakwah yang benar-benar memberi
momentum bukan masih di takuk lama. Dana yang ada untuk Islam bukan untuk yang
lain, untuk agama sendiri. Kenapa masih lambat, masih membuncitkan perot?
Write a comment
Catat Ulasan