Demo Bacaan Qiraat


Demo bacaan pelbagai qiraat dari Persatuan Qiraat Malaysia. Persatuan Qiraat? Dulu ada Persatuan Huffaz Malaysia. Ustaz Rahim Jusoh, guru tajwid di UIA. Kalau tak silap saya beliau adalah anak Melayu pertama melanjutkan pelajaran ke Kuliah al-Quran, cawangan al-Azhar di Tanta. Kalau anak Melayu belajar kuliah lain di Tanta memang banyak. Tapi untuk Kuliah al-Quran tidak. Ini kerana kuliah ini baru dibuka sekitar tahun 90an. Syaratnya pula ketat iaitu mesti lulusan Maahad Qiraat mana-mana cawangan di Mesir.

Untung beliau, Ustaz Rahim Jusoh (orang Marang, Terengganu) lepasan Maahad Qiraat Shubra, Mesir. Sampai sekarang tak ramai mana anak Melayu yang melanjutkan Kuliah al-Quran di Tanta. Ini kerana mesti masyi (lancar) qiraat, matan ingat, Quraan 30 juzuk lancar. Jadi disebabkan itu ramai anak Melayu tak sempat habis 4 tahun di sana.


Write a comment