Khidmat Upah Mengaji

Saya mengambil kesempatan di sini ingin mengiklankan khidmat upah mengaji al-Quran 30 juzuk untuk orang yang telah meninggal dunia.

Saya melihat ramai orang khususnya keluarga si mati memberi upah kepada orang yang mahir membaca al-Quran untuk membaca sebanyak 30 juzuk dan pahalanya disedekahkan kepada arwah si mati. Kadang keluarga si mati tercari-cari untuk mengupah orang baca al-Quran. Bermula dari situ saya tergerak hati untuk memberi khidmat yang sama sebagai kemudahan kepada orang ramai.


Di luar sana ada pelbagai cara, ada yang membaca secara beramai-ramai (30 orang, 1 juzuk seorang) dan ianya hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam. Ada yang buat di rumah si mati dan ada juga yang buat di tempat perkuburan. Malah ada juga yang mengambil upah sebagai tukang solat jenazah dan pembaca talqin. Mereka akan sediakan kumpulan mereka sendiri lebih kurang 15 orang.

Namun khidmat yang saya tawarkan ini hanyalah saya seorang sahaja. Jikalau ada pertambahan permintaan maka saya akan pindahkan kepada beberapa rakan saya yang lain.

Aturcaranya:

þ Kami akan membaca al-Quran sampai khatam dan pahalanya akan disedekahkan kepada si mati. Bacaan dilakukan di tempat kami sendiri dan dibaca secara berseorangan.

þ Tempoh khatam lebih kurang selama 15 hari iaitu dengan 2 juzuk sehari.

þ Bayaran upah yang dikenakan adalah sebanyak RM 300.

æ Kepada yang berminat untuk mendapatkan khidmat ini sila hubungi saya di email: ulomquran @gmail.com. Dalam email saya akan memberikan no tel saya untuk dihubungi.

æ Maklumat yang diperlukan ialah seperti nama arwah si mati dan tarikh meninggal dunia.

Ulasan

(2)

Catat Ulasan