Sifat Orang Mukmin Dalam Al-Quran 6


6
Orang Beriman Sebenar Ialah Penyerahan Diri Sepenuhnya Kepada Allah



إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لا يَسْتَكْبِرُونَ (١٥) تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (١٦) فَلا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (١٧) أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لا يَسْتَوُونَ (١٨) أَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ جَنَّاتُ الْمَأْوَى نُزُلا بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (١٩) وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ الَّذِي كُنْتُمْ بِهِ تُكَذِّبُونَ (٢٠) سورة السجدة


Ertinya: Sesungguhnya Yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang Yang apabila diberi peringatan dan pengajaran Dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah Dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. ۝ mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka Dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta Dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepada mereka. ۝ maka tidak ada seseorang pun Yang mengetahui satu persatu persediaan Yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari Segala jenis nikmat) Yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh Yang mereka telah kerjakan. ۝ (jika demikian halnya) maka Adakah orang Yang beriman sama seperti orang Yang fasik? mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan). ۝ adapun orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh syurga tempat tinggal Yang tetap sebagai balasan bagi apa Yang mereka telah kerjakan. ۝ dan sebaliknya orang-orang Yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadaNya, serta dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab neraka Yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu”.۝

Ringkasan:

1
Bila diberi peringatan dan pengajaran mereka patuh dan taat pada perintah Allah
2
Senatiasa bertasbih kepada Allah
3
Tidak takabur
4
Kurang tidur kerana mengerjakan amal ibadat
5
Senatiasa berdoa agar mendapat redha Allah dan dijauhkan dari murka Allah
6
Suka menderma

Write a comment