4
|
Ciri Hamba
Ibadur Rahman Bahagian Tiga
|
Sambungan dari Ciri Hamba Ibadur
Rahman (Hamba kepada Tuhan al-Rahman) dalam Surah al-Furqan ayat 72-76:
وَالَّذِينَ لا يَشْهَدُونَ
الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا (٧٢) وَالَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِآيَاتِ
رَبِّهِمْ لَمْ يَخِرُّوا عَلَيْهَا صُمًّا وَعُمْيَانًا (٧٣) وَالَّذِينَ يَقُولُونَ
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا
لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا (٧٤) أُولَئِكَ يُجْزَوْنَ
الْغُرْفَةَ بِمَا صَبَرُوا وَيُلَقَّوْنَ فِيهَا تَحِيَّةً وَسَلامًا (٧٥) خَالِدِينَ فِيهَا
حَسُنَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا (٧٦)
Ertinya:
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang tidak menghadiri
tempat-tempat melakukan perkara-perkara Yang dilarang, dan apabila mereka
bertembung Dengan sesuatu Yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara
membersihkan diri daripadanya. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah
orang-orang) Yang apabila diberi peringatan Dengan ayat-ayat keterangan Tuhan
mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang Yang pekak dan
buta. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah
orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami
beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang
menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang
Yang (mahu) bertaqwa. mereka itu
semuanya akan dibalas Dengan mendapat tempat Yang tinggi di syurga disebabkan
kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan Selamat
di dalamnya, mereka kekal di Dalam syurga itu; amatlah eloknya syurga menjadi
tempat penetapan dan tempat tinggal.
Ringkasan:
1
|
Tidak menjadi
saksi palsu
|
2
|
Bila bertembung
dengan perbuatan sia-sia mereka berlalu pergi dengan penuh bermaruah
|
3
|
Bila diberi
peringatan Allah mereka taat
|
4
|
Berdoa agar diberi
pasangan dan keturunan yang soleh
|
Write a comment
Catat Ulasan