Sifat Orang Mukmin Dalam Al-Quran 2


2
Ciri Hamba Ibadur Rahman Bahagian Satu



Disebut dalam Surah al-Furqan ayat 63-67:

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الأرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلامًا (٦٣) وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا (٦٤) وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا (٦٥) إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا (٦٦) وَالَّذِينَ إِذَا أَنْفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَلِكَ قَوَامًا (٦٧) سورة الفرقان


Ertinya: Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka Yang berjalan di bumi Dengan sopan santun, dan apabila orang-orang Yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab Dengan perkataan Yang Selamat dari perkara Yang tidak diingini; ۝ dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang tekun mengerjakan Ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari Dengan sujud dan berdiri, ۝ dan juga mereka Yang berdoa Dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahannam dari kami, Sesungguhnya azab seksaNya itu adalah mengertikan ۝ Sesungguhnya neraka jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal Yang amat buruk”; ۝ dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. ۝

Ringkasnya:

1
Berjalan dengan tawaduk
2
Bila dicaci mereka membalasnya dengan perkara baik
3
Solat malam
4
Berdoa minta dijauhkan azab neraka
5
Tidak membazir dalam berbelanja
6
Tidak bakhil
7
Menggunakan harta dengan sebaiknya dan bijaksana


Masalah berjalan dengan tawaduk bukan bermakna jalan menunduk ke bumi. Ini kerana Saidina Umar r.a pernah menasihati orang berjalan menunduk kononnya tawaduk agar mengangkat kepalanya. Pada pandangan Umar r.a orang Islam mesti jalan tegap, jangan nampak lemah, longlai, lemas didepan orang kafir. Berjalan dengan tawaduk ialah tidak menyombong diri, merasakan diri lebih suci, merasakan diri orang kaya tapi dengan penuh rasa rendah diri bahawa diri ini ialah hamba Allah.

Write a comment