Mulai sekarang
segala tajuk Rasm saya akan ringkaskan dari Buku Panduan Rasm Uthmani terbitan
KDN. Mungkin makan masa setahun untuk meringkas dan menyalinnya kembali. Setelah
khatam buku ini saya berhasrat nak ringkaskan dari kitab Samir Talibin pula. Semoga
mendapat manfaat.
Kaedah Penulisan
Rasm Uthmani menyentuh masalah berikut:
1.
Al-Hazf (الحذف)
= Membuang huruf.
2.
Al-Ziadah (الزيادة) = Menambah huruf.
3.
Al-Hamzah (الهمزة) = Penulisan hamzah.
4.
Al-Ibdal (الإبدال)
= Menggantikan huruf dengan huruf lain.
5.
Al-Fasl wa al-Wasl (الفصل والوصل) = Memisah dan menyambung tulisan pada
kalimah dan huruf.
6.
Ma fihi Qira’atani (ما فيه قراءاتان فكتب على احداها) = Kalimah yang
mengandungi dua bacaan ditulis dengan salah satu bacaan.
Kaedah Pertama: Al-Hazf (الحذف)
Hazf bermakna
membuang atau menggugurkan huruf dari struktur kalimah. Terbahagi kepada 3 bahagian:
i. Hazf al-Isyarat (حذف الإشارة) = Dibuang kerana menunjukkan terdapat
beberapa cara bacaan.
ii. Hazf
al-Ikhtisar (حذف الإختصار)
= Dibuang mengikut kaedah yang telah ditetapkan.
iii. Hazf
al-Iqtisar (حذف الإقتصار)
= Dibuang pada kalimah yang tertentu, pada tempat yang tertentu.
iv. Huruf-huruf yang digugurkan ialah Alif (ا), Ya (ي), Wau (و), Lam (ل) dan Nun (ن).
ok
BalasPadam