16. Air
hujan yang lebat (الماء الغدق) dalam Surah al-Jin [سورة الجن] ayat 16:
وَأَلَّوِ اسْتَقَامُوا عَلَى
الطَّرِيقَةِ لأسْقَيْنَاهُمْ مَاءً غَدَقًا (١٦)
Ertinya:
(Nabi
Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): “Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah
mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu
Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan
lebat kepada mereka.
17. Air
tawar (الماء الفرات) yang manusia dapat minum dalam Surah al-Mursalat [سورة المرسلات] ayat 27:
وَجَعَلْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ
شَامِخَاتٍ وَأَسْقَيْنَاكُمْ مَاءً فُرَاتًا (٢٧)
Ertinya:
Dan Kami telah jadikan di bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi
menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi
memuaskan dahaga?
18. Air
hujan turun mencurah-curah (الماء الثجاج) dalam Surah al-Naba’ [سورة النبأ] ayat 14:
وَأَنْزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ
مَاءً ثَجَّاجًا (١٤)
Ertinya:
Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah.
19. Air
mani yang memancut (الماء الدافق) dalam Surah al-Tariq [سورة الطارق] ayat 6:
خُلِقَ مِنْ مَاءٍ دَافِقٍ
(٦)
Ertinya:
Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim).
20. Telaga
Madyan (ماء مدين) dalam kisah Nabi Musa dengan anak perempuan Nabi Syuib dalam Surah
al-Qasas [سورة القصص] ayat 23:
وَلَمَّا وَرَدَ مَاءَ
مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِنْ دُونِهِمُ
امْرَأتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ
الرِّعَاءُ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ (٢٣)
Ertinya:
Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ
sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak
masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang
menahan kambing-kambingnya. dia bertanya: “Apa hal kamu berdua?” Mereka
menjawab: “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga
pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa
kami seorang yang terlalu tua umurnya”.
Bersambung...
Write a comment
Catat Ulasan