Ciri Penguasa Yang Soleh Dalam Al-Quran 1


Dalam al-Quran ada beberapa ayat yang menceritakan sifat atau ciri pengusa/pemerintah/ketua/pemimpin/kerajaan/CEO/pengarah/JKKK yang ADIL dan BERSüH menurut neraca syara’.

1. Pemimpin yang soleh tidak mengikut hawa nafsu!

يَا دَاوُدُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الأرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ (٢٦) سورة ص

Ertinya: Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.

2. Pemimpin yang soleh akan memberi tanggungjawab kepada orang yang soleh juga!

وَقَالَ مُوسَى لأخِيهِ هَارُونَ اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي وَأَصْلِحْ وَلا تَتَّبِعْ سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ (١٤٢) سورة الأعراف

Ertinya: Dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): “Gantikanlah Aku Dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (Keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah Engkau menurut jalan orang-orang Yang melakukan kerosakan”.

3. Pemimpin yang soleh ialah orang amanah dalam pengurusan kerjanya dan efisyen etika kerjanya!

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ الأرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ (٥٥) سورة يوسف

Ertinya: Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya Aku sedia menjaganya Dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”.

4. Pemimpin yang soleh ialah seorang hamba Allah yang taat pada perintahNya!

نِعْمَ الْعَبْدُ إِنَّهُ أَوَّابٌ (٣٠) سورة ص

Ertinya: Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama) Sulaiman ia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat), lagi sentiasa rujuk kembali (bertaubat).

5. Pemimpin yang benar tidak alah dengan rasuah!

فَلَمَّا جَاءَ سُلَيْمَانَ قَالَ أَتُمِدُّونَنِ بِمَالٍ فَمَا آتَانِيَ اللَّهُ خَيْرٌ مِمَّا آتَاكُمْ بَلْ أَنْتُمْ بِهَدِيَّتِكُمْ تَفْرَحُونَ (٣٦) سورة النمل

Ertinya: Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): “Tidaklah patut kamu memberikan kepadaKu pemberian harta-benda, kerana apa Yang telah diberikan Allah kepadaKu lebih baik dari apa Yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan Aku Yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah Yang bergembira Dengan hanya kekayaan Yang dihadiahkan kepada kamu (atau Yang kamu hadiahkan Dengan perasaan megah).

Write a comment