11. Air
barokah (الماء المبارك) dalam Surah Qaf [سورة ق] ayat 9:
وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ
مَاءً مُبَارَكًا فَأَنْبَتْنَا بِهِ جَنَّاتٍ وَحَبَّ الْحَصِيدِ (٩)
Ertinya:
Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya,
lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan
biji-bijian yang dituai.
12. Air
mencurah-curah (الماء المنهمر) dalam Surah al-Qamar [سورة القمر] ayat 11:
فَفَتَحْنَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ
بِمَاءٍ مُنْهَمِرٍ (١١)
Ertinya:
Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah.
13. Air
senantiasa mengalir (الماء المسكوب) dalam Surah al-Waqiah [سورة الواقعة] ayat 30-31:
وَظِلٍّ مَمْدُودٍ (٣٠) وَمَاءٍ مَسْكُوبٍ (٣١)
Ertinya:
Dan naungan Yang tetap terbentang, dan air
Yang sentiasa mengalir.
14. Air
kering kontang (الماء الغور) dalam Surah al-Kahfi [سورة الكهف] ayat 41:
أَوْ يُصْبِحَ مَاؤُهَا
غَوْرًا فَلَنْ تَسْتَطِيعَ لَهُ طَلَبًا (٤١)
Ertinya:
Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang
demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi”.
Surah
al-Mulk [سورة الملك] ayat 30:
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ
مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَاءٍ مَعِينٍ (٣٠)
Ertinya:
Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap
(di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) Yang dapat mendatangkan kepada
kamu air Yang sentiasa terpancar mengalir?”.
15. Mata
air (الماء المعين) yang mengalir ke sungai-sungai dalam Surah al-Mulk [سورة الملك] ayat 30:
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ
مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَاءٍ مَعِينٍ (٣٠)
Ertinya:
Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di
telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air
yang sentiasa terpancar mengalir?”.
Bersambung...
Write a comment
Catat Ulasan