Dalam
al-Quran disebut sebanyak 23 macam jenis air. Jom kita semak secara sepintas
lalu. Nak bahas panjang-panjang saya bukanlah orang alim.
1. Air
yang surut (الماء المغيض) setelah hujan mencurah-curah sehingga tenggelam bumi dalam Surah
Hud [سورة هود] ayat 44:
وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي
مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الأمْرُ وَاسْتَوَتْ
عَلَى الْجُودِيِّ وَقِيلَ بُعْدًا لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (٤٤)
Ertinya:
Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit
dengan berkata: “Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari
curahan hujanmu”. Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah
perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung “Judi”
serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): “Kebinasaanlah akhirnya
bagi orang-orang yang zalim”.
2. Air
danur (الماء الصديد) ialah air bangkai mayat yang teramat busuk lagi kotor pada Surah
Ibrahim [سورة إبراهيم] ayat 16:
مِنْ وَرَائِهِ جَهَنَّمُ
وَيُسْقَى مِنْ مَاءٍ صَدِيدٍ (١٦)
Ertinya:
Di belakangnya disediakan neraka Jahannam, dan ia akan diberi minum dari air
danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka).
3. Air
mendidih (ماء المهل) bak tembaga cair bila diminum hancur luluh muka sebagai salah
satu azab dari Allah Taala kepada penghuni neraka. Na’uzubiLlah. Surah al-Kahfi
[سورة الكهف] ayat 29:
وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ
فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ
نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا وَإِنْ يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ
يَشْوِي الْوُجُوهَ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءَتْ مُرْتَفَقًا (٢٩)
Ertinya:
Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan
kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang
mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan
bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka
laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka
diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar
muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat
bersenang-senang.
4. Air bumi (ماء الأرض) yakni air
yang tersimpan di bumi iaitulah air sungai dan kekal sehingga Hari Kiamat dalam
Surah al-Mukminun [سورة المؤمنون] ayat 18:
وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ
مَاءً بِقَدَرٍ فَأَسْكَنَّاهُ فِي الأرْضِ وَإِنَّا عَلَى ذَهَابٍ بِهِ لَقَادِرُونَ
(١٨)
Ertinya:
Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta
Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu
berkuasa melenyapkannya.
5. Air
yang suci bersih (الماء الطهور) boleh buat minum dalam Surah
al-Furqan [سورة الفرقان] ayat 48:
وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ
بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا
(٤٨)
Ertinya:
Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum
kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci.
Bersambung...
Write a comment
Catat Ulasan