Oleh
DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
ALLAH
SWT menyebut pada ayat yang lepas bahawa orang yang mempunyai harta benda dan
anak-anak telah kafir, bersikap derhaka dan menyelewengkan nikmat yang
dikurniakan Allah SWT kepadanya.
Allah
SWT menambahkan penjelasan apa yang diberikan kepadanya itu hanya cubaan dan
ujian semata-mata agar Dia melihat sama ada orang itu taat dan bersyukur kepada
Allah SWT sehingga ditambahkan kenikmatan kepadanya. Atau orang itu akan
menggunakannya untuk menimpakan kepadanya dengan pelbagai bencana dan seksaan.
Contohnya
para pemilik kebun ketika mereka menjalankan sedikit kederhakaan, kebun mereka
dibinasakan oleh Allah SWT. Oleh itu, bagaimana pula dengan orang yang
menentang Allah SWT dan rasul-Nya yang tetap bersikap keras berada dalam
kekafiran dan mengerjakan maksiat.
Al-Sabuni
(الصابوني) berkata: Kami telah uji ahli Mekah dengan kemarau dan
kelaparan supaya mengikut dakwah Rasulullah SAW sebagaimana kami menguji
pemilik-pemilik ladang yang mempunyai pelbagai jenis buah-buahan.
Kami
taklifkan ahli Mekah supaya bersyukur kepada Tuhan mereka atas segala nikmat
sebagaimana kami taklifkan pemilik ladang-ladang untuk bersyukur dengan memberi
kepada fakir miskin akan hak mereka.
Sebahagian
ahli tafsir berkata ia berkenaan seorang lelaki muslim dan tinggal berhampiran
Sana'a yang mempunyai pelbagai jenis tanaman dan buah-buahan.
Apabila
sampai waktu menuai dan memetik buah-buahan dia memanggil fakir miskin serta
memberi hak masing-masing dengan banyak. Di samping itu memuliakan mereka.
Sebaliknya
apabila mati si kaya yang bersyukur ini, anak-anak mereka yang bertiga mewarisi
harta bapa mereka seraya berkata: “Keluarga kita ramai dan harta kita sedikit.
Tidak mungkin kita boleh bagi kepada fakir miskin seperti yang dilakukan oleh
ayah kita. Mereka berbincang sesama mereka untuk tidak memberi kepada seorang
pun fakir miskin. Justeru, mereka berpakat untuk memungut buah-buahan pada
waktu pagi ketika fakir miskin tidak menyedari.”
Tiba-tiba
pada waktu malam tersebut Allah turunkan api membakar tanaman dan buah-buahan.
Apabila waktu pagi, mereka pergi ke kebun dan mendapati tidak ada pohon kayu
dan buah-buahan.
إِنَّا بَلَوْنَاهُمْ كَمَا
بَلَوْنَا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ إِذْ أَقْسَمُوا لَيَصْرِمُنَّهَا مُصْبِحِينَ
(١٧) وَلا يَسْتَثْنُونَ (١٨) فَطَافَ عَلَيْهَا طَائِفٌ مِنْ رَبِّكَ وَهُمْ نَائِمُونَ
(١٩) فَأَصْبَحَتْ كَالصَّرِيمِ
(٢٠)
Mereka
menyangka tersilap jalan apabila mereka memastikan hal tersebut mereka tahu ini
hukuman Allah dengan niat jahat mereka lantas mereka sesal dan bertaubat.
(antara terjemahan ayat 17-20 surah al-Qalam)
فَلا تُطِعِ الْمُكَذِّبِينَ
(٨)
Muhammad
Quraish Shihab berkata: Ayat-ayat lalu menyebut beberapa sifat buruk dari
al-Mukazzibin iaitu para pengingkar ayat Allah (baca ayat 8 dan seterusnya)
kini dijelaskan bahawa apa yang dialami oleh mereka itu serupa dengan kisah
sekelompok pemilik kebun yang agaknya pengalaman mereka telah dikenal luas oleh
masyarakat Mekah ketika itu.
Di
sisi lain, ayat yang lalu juga menghuraikan sebab sifat-sifat buruk oleh
kelompok orang derhaka disebabkan sikap angkuh mereka kerana memiliki harta
yang banyak.
Ayat
di atas mengingatkan keangkuhan dengan pemilikan harta yang melampau dan
hakikatnya ia adalah ujian Tuhan kepada manusia. Ujian Allah tidak sama dengan
ujian oleh manusia sehinggakan apabila diuji mereka tidak dapat mengelak sama
sekali.
فَتَنَادَوْا مُصْبِحِينَ
(٢١) أَنِ اغْدُوا عَلَى حَرْثِكُمْ
إِنْ كُنْتُمْ صَارِمِينَ (٢٢)
Firman
Allah SWT: Lalu mereka panggil memanggil di pagi hari. Pergilah diwaktu pagi
(ini) ke kebunmu jika kamu hendak memetik buahnya.
Al-Maghari
berkata: Sesetengah mereka menyeru kepada sesetengah yang lain. Marilah kita ke
kebun pada awal pagi untuk memetik buah dari kebun kamu jika kamu hendak
melakukannya.
Mereka
menyembunyikan urusan itu sehingga tidak ada seorang pun yang mendengar
perancangan mereka sebagaimana firman Allah SWT.
فَانْطَلَقُوا وَهُمْ يَتَخَافَتُونَ
(٢٣) أَنْ لا يَدْخُلَنَّهَا الْيَوْمَ
عَلَيْكُمْ مِسْكِينٌ (٢٤)
Firman
Allah SWT: Maka pergilah mereka saling berbisik-bisik. Pada hari Ini janganlah
ada seorang miskinpun masuk ke dalam kebunmu.
Sayid
Qutub berkata: Seolah-olah kita yang mendengar atau membaca al-Quran tahu apa
yang tidak diketahui oleh tuan-tuan kebun tentang malapetaka yang telah menimpa
kebun itu.
Sumber: Utusan Malaysia. Jumaat. 14/10/2011.
Write a comment
Catat Ulasan