Oleh
KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
MELENGKAPKAN
lagi maklumat berkaitan Qiraat, perlu disempurnakan dengan maklumat berkaitan
Qiraat Syazah (القراءات الشاذة). Jika memerhati dengan teliti penyusunan Qiraat Mutawatirah
yang dibuat oleh ulama kelihatan bagaimana cantiknya kaedah yang dikemukakan
termasuk susunan imam, susunan bab dalam usul dan farsy.
Susunan
Qiraat Mutawatirah sepuluh Qiraat dimulai dengan tujuh Qurra iaitu Nafe’
al-Madani, Ibn Kathir al-Makki, Abu Amru al-Basri, Ibn ‘Amir al-Dimaysqi, ‘Asim,
Hamzah dan al-Kisai. Ditambah dengan tiga Qurra lagi iaitu Abu Ja’far, Ya’qub
dan Khalaf al-‘Asyir.
Setiap
imam yang dikemukakan ini mempunyai dua perawi dan ittifaq di kalangan ulama ia
adalah Qiraat mutawatirah.
Menurut
al-Zarqani (الرزقاني), empat Qurra yang dimaksudkan ialah Hasan al-Basri (الحسن البصري) meninggal pada
tahun 110 hijrah, Ibn Muhaisin (ابن محيصن) meninggal pada
tahun 123 hijrah, Yahya al-Yazidi (يحي اليزيدي) meninggal pada
tahun 202 hijrah dan Syanabuzi (الشنبوذي) meninggal pada
tahun 328 hijrah.
Ciri-ciri
Qiraat Syazah menyalahi Rasm Uthmani walaupun menepati bahasa arab dan sanadnya
sahih. Apabila sesuatu qiraat tidak memenuhi tiga rukun qiraat ia dinamakan
Qiraat Syazah meskipun qiraat tersebut datangnya daripada Abu Darda’, Umar Ibn
al-Khattab, Abdullah Ibn Mas’ud dan sahabat ra yang lain.
Qiraat
Syazah yang tidak menepati Rasm Uthmani hukumnya tidak sah dibaca dalam
sembahyang. Imam Abu Umar Ibn Abdul al-Bar melalui kitabnya Tamhid menyatakan
telah berkata Imam Malik barang siapa membaca dalam solatnya qiraat Ibn Mas’ud
atau qiraat lain di kalangan sahabat yang menyalahi mushaf maka tidak boleh
sembahyang di belakangnya.
Dalam
sejarah perkembangan Qiraat, berlaku kisah yang masyhur berkaitan
penguatkuasaan membaca Qiraat mengikuti Mushaf Uthmani. Peristiwa tersebut
berlaku pada tahun 323 hijrah antara Imam Ibn Syanbuz dengan Imam Ibn Mujahid.
Ibn
Syanbuz ialah seorang yang alim dalam ilmu qiraat mempunyai guru yang ramai
antaranya Ibrahim al-Harbi, Ahmad Ibn Ibrahim Waraq Khlaf, Ahmad ibn Basyar.
Beliau banyak merantau ke kota Islam untuk mendalami ilmu qiraat.
Ibn
Syanbuz beramal dengan qiraat yang tidak menepati Mushaf Uthmani. Pandanganya
mendapat reaksi dari pemerintah ketika itu Abi Ali Ibn Muqlah. Beliau telah
memanggil Ibn Syanbuz untuk dibicarakan dan majlis tersebut dihadiri Imam Ibn
Mujahid, sekumpulan Qadhi dan ulamak.
Apabila
beliau mengakui bacaannya yang menyalahi Mushaf Uthmani, beliau diminta
bertaubat dan menarik balik pandangannya itu. Namun beliau berkeras dengan
pandangannya sehingga dijatuhi hukuman rotan sebanyak 10 kali. Akhirnya beliau
menarik balik pandangannya itu.
Walaupun
begitu, ramai ulama yang memuji kealiman Ibn Syanbuz, antaranya, Abi Tahir Ibn
Abi Hasyim yang ditanya manakah yang lebih afdal antara Ibn Mujahid dengan Ibn
Syanbuz. Beliau menjawab: “Adapun Abu Bakar Ibn Mujahid akalnya mengatasi
ilmunya dan Ibn Syanbuz pula ilmunya mengatasi akalnya”.
Sumber: Utusan Malaysia. Rabu. 24/8/2011.
Write a comment
Catat Ulasan