SELAIN
dikenali mengikut nama tempat dan juga dinasti seperti permaidani Konya dan
permaidani Mamluk, permaidani dunia Islam turut dikenali dengan bentuk rekaan
motif hiasan utama.
Permaidani
motif haiwan dipercayai mula direka pada akhir abad ke-14 Masihi sehingga awal
abad ke-15 Masihi. Ia dipercayai dihasilkan di Tabriz dengan menggunakan motif
hiasan haiwan seperti naga dan burung besar.
Seperti
permaidani lain, ia juga mempunyai simpulan benang simetri dan saiz keseluruhan
permaidani adalah kecil berbanding yang lain iaitu kira-kira satu hingga 1.5
meter.
Dari
segi warna, ia menggunakan pelbagai warna yang terang bagi memperagakan motif
haiwan yang digunakan.
Permaidani
jenis ini yang pertama ditemui dan masih dalam keadaan yang baik ialah pada
tahun 1886 di salah sebuah gereja di Itali. Beberapa bidang lagi ditemui pada
abad yang seterusnya di beberapa buah tempat seperti di Sweeden dan Tibet.
Salah
satu permaidani ini berada dalam koleksi Muzium Metropolitan. Motif haiwan
tidak digunakan dalam masyarakat Islam, oleh itu ia dihasilkan semata-mata
untuk tujuan eksport ataupun atas tempahan masyarakat bukan Islam yang tinggal
di sekitar kerajaan Islam.
Satu
lagi jenis hiasan permaidani yang juga dihasilkan di Iran dikenali sebagai
permaidani motif pasu. Ia menggunakan motif pasu sebagai motif utama. Motif
pasu utama ini terletak di bahagian tengah permaidani. Selain pasu motif hiasan
permaidani ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.
Pertama,
motif gulungan sulur pokok anggur yang berwarna putih gading, yang kedua, dahan
pokok yang keluar dari pasu yang berwarna biru atau merah dan yang ketiga,
kuntuman bunga bersaiz kecil dan besar serta daun pada dahan pokok tersebut.
Permaidani
ini dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Abas I yang memerintah Dinasti
Safavid Iran pada tahun 1571 -1629.
Salah
satu kaum nomad yang tinggal di Iran dan mempunyai kemahiran menghasilkan
permaidani benang bulu ialah kaum Qashqai. Mereka tinggal di kawasan barat daya
Iran.
Permaidani
yang dihasilkan kebanyakannya di jual di bandar-bandar besar Iran seperti di
Shiraz dan Fars. Permaidani tertua yang dihasilkan oleh kaum ini yang dapat
dikesan berusia dari abad ke-17 Masihi.
Selain
permaidani, penenun permaidani di Iran juga menghasilkan satu lagi jenis
hamparan yang dikenali sebagai ‘kelim’. Antara pusat pengeluaran kelim pada
abad ke 16 ialah Kashan dan Yazd. Kelim adalah hamparan yang lebih nipis dan
ringan berbanding permaidani yang diperbuat daripada benang bulu.
Perusahaan
permaidani di India juga banyak mengambil teknik dan reka bentuk daripada Iran.
Perusahaan permaidani di India dikatakan telah bermula pada abad ke-14 Masihi
sebelum pemerintahan Dinasti Mughal pada abad ke-16 Masihi.
Ini
boleh dilihat daripada lukisan mini yang dihasilkan di mana kebanyakan lukisan
yang melibatkan golongan diraja mesti mempunyai hamparan berwarna terang dan di
hiasi dengan motif flora dan arabesque.
Permaidani
bukan sahaja digunakan di dalam rumah kediaman ataupun istana malah ia turut di
bawa bersama untuk aktiviti luar seperti memburu, misi ketenteraan dan juga
perjalanan.
Ia
dibentangkan sebagai alas di atas tanah di dalam khemah terutamanya bagi
golongan diraja dan golongan bangsawan. Permaidani yang berkualiti juga dilihat
sebagai salah satu barangan mewah yang dimiliki oleh golongan berada.
Permaidani
mempunyai pelbagai saiz dan bentuk. Selain dijadikan hiasan rumah kediaman
ataupun ruang yang luas, terdapat permaidani yang dijadikan sebagai sejadah
atau tikar sembahyang bagi umat Islam.
Permaidani
yang dijadikan tikar sembahyang mempunyai motif yang paling minimum tetapi
penggunaan warna masih lagi terang dan menarik.
Sumber: Utusan Malaysia. Jumaat. 2/9/2011.
Write a comment
Catat Ulasan