Firman Allah Taala:
فَلَوْلا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ (١٢٢) سورة التوبة
Ertinya: Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ (٤٣) سورة النحل
Ertinya: Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.
Sabda Nabi SAW:
إنَّ الملائكةَ تضعُ أجنحتَها لطالبِ العِلمِ رضىً بما يطلب.
[رواه أحمد]
Ertinya: Sesungguhnya para malaikat melabuhkan sayapnya kepada penuntut ilmu dalam keadaan redha dan kasih atas apa mereka pelajari.
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ.
[رواه الترمذي]
Ertinya: Barangsiapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka dipermudahkan Allah akan jalannya menuju Syurga.
Dan dari Athar (الآثار) yakni kalam hikmah para Sahabat dan Tabi’in:
قال أبو الدرداء: لأن أتعلم مسألة أحب إليّ من قيام ليلة.
Kata Abu Darda’: Aku lebih sukai mempelajari suatu masalah ilmu daripada bangun beribadat malam.
وقال سفيان الثوري: ليس بعد الفرائض عمل أفضل من طلب العلم.
Kata Sufyan al-Thauri: Tiada amalan paling afdhal selepas mengerjakan yang wajib melainkan menunutut ilmu.
وقال الشافعي رحمه الله: طلب العلم أفضل من صلاة النافلة.
Kata Imam Syafie: Menuntut ilmu lebih afhal daripada mengerjakan solat sunat.
وقال يوسف بن أسباط: باب من العلم تتعلمه أفضل من سبعين غزوة.
Kata Sufyan bin Asbat: Satu bab ilmu dipeljari adalah terlebih afdhal daripada menghadapi 70 peperangan.
Write a comment
Catat Ulasan