Disebut dua kali dalam Quran. Kaum Tubba’ ialah kaum yang tinggal di Yaman. Ketuanya bernama Abu Karb As’ad bin Malaki Karb. Berasal dari puak Humairi (الحميري). Nama Tubba’ ialah gelaran pada raja di Yaman.
Kata Qurtubi, jarak Tubba’ meninggal dengan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW sebanyak 1000 tahun. Kuburnya di Sana’a, setengah pendapat di Humair. Asalnya Tubba’ ini seorang lelaki yang soleh. Kata Ibnu Abbas bahawa beliau seorang nabi. Namun lama kelamaan setelah banyak kemajuan dicapai dan negara mereka dilimpahi kekayaan, kaum mereka mula engkar pada perintah Allah.
1. Surah al-Dukhan (سورة الدخان) ayat 37:
أَهُمْ خَيْرٌ أَمْ قَوْمُ تُبَّعٍ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ أَهْلَكْنَاهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ (٣٧)
Ertinya: (Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah mereka yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau “kaum Tubba’” dan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu semuanya Kami telah binasakan, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa.
2. Surah Qaf (سورة ق) ayat 14:
وَأَصْحَابُ الأيْكَةِ وَقَوْمُ تُبَّعٍ كُلٌّ كَذَّبَ الرُّسُلَ فَحَقَّ وَعِيدِ (١٤)
Ertinya: Dan juga penduduk “Aikah”, serta kaum “Tubba’”; tiap-tiap satu kaum itu telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepadanya), lalu mereka ditimpa azab yang Aku janjikan.
Write a comment
Catat Ulasan