1. Persiapan mental
Jangan setkan minda kita bahawa hafaz Quran itu susah. Cakap pada diri sendiri bahawa aku mampu ingat Quran. Iaitulah apa yang dipanggil minda bawah sedar. Jadi sebelum tidur setkan minda, “Insya’ Allah aku bangun esok pagi nak hafaz Quran ayat sekian-sekian.”
2. Bayangan
Senantiasa membayangkan bahawa kita mampu menghafaz al-Quran.
3. Warming up
Sebelum menghafaz, ulang dahulu yang telah dihafaz sekali lalu. Kemudian perhati satu persatu ayat yang hendak dihafaz.
4. Fokus
Cuba pejam mata anda dan bacalah ayat dihafaz. Bayangkan satu persatu huruf dibaca.
5. Jaga nafas
Bernafaslah dengan tenang. Nafas yang tenang pula lahir dari sikap, keadaan sekitar yang tenang. Jadi jangan menghafaz ketika berlari atau ditempat yang sibuk.
6. Berlagu
Mengaji Quran dengan berlagu akan memudahkan kita menghafaz Quran. Berlagu jangan sampai meleret-leret macam orang bertanding musabaqah tu.
7. Ulang
Nak hafaz kenalah berulang-ulang baca ayat tersebut. Kalau boleh sampai 20 kali.
8. Tanamkan
Tanamkan dalam hati kita, pendengaran kita, mulut kita, mata kita pada yang telah dihafaz.
9. Latihan pengukuhan
Setengah orang hafaz mudah tapi time nak mengulang payah. Payah nak ingat. Jadi latihan pengukuhan dengan mengulang-ulang ayat telah dihafaz amat penting. Selain membaca kita boleh buat latihan menulis dan minta orang lebih mahir dari kita menguji ingatan kita.
10. Tawakal & Doa
Setelah semua usaha kita lakukan maka hendaklah kita bertawakal dan berdoa pada Allah Taalah agar kabulkan hajat kita nak menghafaz al-Quran.
Write a comment
Catat Ulasan