Nota Penting Berkaitan Bacaan Quran (4) Akhir

Hendaklah dibaca dengan isqatul dua hamzah wasal (إسقاط همزتي الوصل). Maka jadilah bacaannya seperti ini ketika kita baca secara wasal (sambung):

بِئْسَ لِسْمُ الْفُسُوْقُ

bukan seperti ini [بِئْسَ اْلإِسْمُ الْفُسُوْقُ]


pada Surah al-Hujurat (سورة الحجرات) ayat 11:


Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

* Perlu kepada guru untuk mentashihkan bacaan.

Write a comment