Quran akan datang sebagai syafaat kepada pembacanya terlebih lagi orang itu menghafaznya dan beramal dengannya. Hadith SAW:
لَوْ أَنَّ الْقُرْآنَ جُعِلَ فِي إِهَابٍ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ مَا احْتَرَقَ.
Ertinya: Kalau Quran itu menjadi secuping kulit kemudian dilontar ke neraka nescaya tidak terbakar.
Ertinya apa? Ertinya orang yang hafaz Quran beramal dengannya tidak akan disentuh api neraka.
Sebelum Hafaz Quran
1. Ikhlas.
2. Taubat.
3. Banyak berdoa.
4. Banyak beristigfar.
5. Sabar dan punya keazaman yang kuat.
6. Tinggalkan maksiat.
7. Jangan kuat berangan!
8. Buat jadual untuk hafaz dan mengulang.
9. Sanggup menghabiskan sebahagian umur untuk diperutukkan menghafaz Quran. Bukan lama pun takkanlah sampai 50 tahun.
10. Kurangkan aktiviti keduniaan seperti sibuk berkereta sport, bercintan, facebook, shopping dan sebagainya.
11. Uruskan waktu dengan baik.
12. Tekun dan bersungguh-sungguh jangan sambil lewa kerana Hadith SAW:
قال صلى الله عليه وسلم: اللهم بارك لأمتي في بكورها
Ertinya: Ya Allah berkati umatku yang tekun dalam kerjanya.
13. Jaga adab-adab Quran.
14. Manfaatkan masa muda mu! Masa mudalah waktu terbaik hafaz Quran.
15. Carilah sahabat yang soleh.
16. Hafaz di tempatnya seperti ke maahad tahfiz. Kalau tidak mampu maka bolehlah di rumah.
17. Selalu zikir pagi dan petang seperti diajarkan oleh Rasulullah SAW kerana itu dapat membenteng kita daripada hasutan syaitan yang ingin melemahkan kita dari menghafaz Quran.
18. Jaga makan jangan termakan makanan haram dan syubhah.
19. Berdoa untuk mudah hafaz ketika minum aIr zam-zam kerana Hadith SAW:
ماء زَمْزَم لما شُرِبَ له.
Ertinya: Air zam-zam itu atas apa diniatkan.
20. Makan makanan tambahan yang membantu daya ingatan dan kecerdasan otak.
21. Sebelum mula hafaz ingat satu perkara - bahawa setiap ayat kita hafaz adalah terhubung langsung dengan Allah kerana ia adalah kalam Allah.
Ketika Menghafaz Quran
22. Betulkan bacaan dengan guru yang mutqin.
23. Tetapkan jumlah hafazan harian - contoh kalau 1 muka maka tetap dengan 1 muka.
24. Jangan berpindah ke hafazan baru sehingga hafazan lama telah tetap dalam ingatan.
25. Gunakan satu mashaf saja untuk menghafaz, jangan 2-3 mashaf.
26. Fahami makna ayat yang ingin dihafaz.
27. Lihat kaitan antara ayat dihafaz dengan surah.
28. Baca dengan suara nyata bukan berbisik ketika hafaz.
29. Perelokkan bacaan ketika membaca Quran.
30. Hafaz satu persatu jangan gopoh gapah.
31. Tulis ayat dihafaz agar lebih kukuh dalam ingatan.
32. Mulai hafaz selepas Solat Subuh. Untuk selepas Isyak waktu baik paling sejam sebelum tidur - itulah waktu terbaik menghafaz. Kemudian terus tidur.
33. Fahami tafsiran ayat, asbab nuzul dan lain-lain maklumat berkenaan ayat dihafaz.
34. Jangan mulai hafaz baru kecuali setelah mengulang hafazan yang lepas.
35. Mesti berwudhuk bila menghafaz.
36. Selalulah berjemaah di masjid dan mengaji Quran di sana.
37.Perhatikan ayat-ayat mutasyabih agar tidak keliru.
38. Jangan keluar dari halaqah tahfiz kecuali uzur yang amat sangat.
39. Yakin akan dapat menghafaz keseluruhannya.
Selepas Menghafaz
40. Ulang secara istiqamah pada setiap waktu terluang.
41. Tetapkan helaian muka surat yang ingin diulang - contoh kalau 3 juzuk sehari maka tetap dengan 3 juzuk, jangan kurang kalau lebih tak mengapa.
42. Ulang pada waktu mustajab seperti dibulan Ramadan, antara azan dan iqamah, selepas solat fardhu dan sebagainya.
43. Jadikan waktu tengah malam sebagai waktu mengulang kerana itulah amalan salafusoleh.
44. Tetapkan satu hari dalam seminggu dan sebulan sekali untuk mengulang ayat hafazan.
45. Bacalah Hadith atau buku-buku tentang kelebihan Quran dan menghafaznya untuk menambahkan lagi semangat.
46. Banyakkan mendengar bacaan Quran samada di rumah, pejabat atau di dalam kereta atau dimana saja.
47. Jadi imam dalam solat samada di rumah atau masjid untuk meneguhkan lagi bacaan dan ingatan.
48. Jaga bersungguh-sungguh hafazan kita agar tidak lupa.
49. Ajarlah orang disekitar kita akan ilmu Quran kerana Hadith SAW:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وعَلَّمَهُ.
Ertinya: Orang terbaik dikalangan kamu ialah yang belajar Quran dan mengajarkannya.
50. Dapat hafaz Quran adalah satu nikmat Allah, maka banyakkanlah mengucap syukur pada Allah kerana memberi peluang kita menghafaz Quran. Ameen Ya Allah!
Semoga berjaya menghafaz Quran! Caiyok!
Write a comment
Catat Ulasan