PENGGAL PERTAMA TAHUN 1432H/2011M
Adalah dimaklumkan kepada muslimin dan muslimat sekalian bahawa Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan ini akan mengadakan UJIAN HAFAZ AL-QURAN TERBUKA NEGERI TERENGGANU PENGGAL PERTAMA tahun 2011. Dalam kaitan ini, adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan menyertai program ini sebagaimana berikut :-
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Daerah masing-masing sebelum 31 Januari 2011.
Untuk keterangan lanjut sila berhubung melalui alamat atau telefon sepertimana berikut:
Dalam kaitan ini, adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan menyertai program ini sebagaimana berikut :-
i. Beragama Islam.
ii. Rakyat Negeri Terengganu yang bermastautin di negeri ini.
iii. Tahap minima hafaz adalah tidak kurang dari 7 juzu’ pertama mengikut susunan mashaf.
iv.Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 29 tahun bagi mereka yang memohon tahap di bawah 30 juzu’.
v. Seseorang yang berumur 30 tahun dan keatas hendaklah memasuki tahap 30 juzu’.
vi. Mana-mana pelajar dan Lulusan Maahad Tahfiz atau mana-mana Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran atau yang seumpama dengannya yang ingin menyertai ujian ini hendaklah memasuki ujian tahap 30 juzu’.
vii. Bersedia dan sanggup memberi sumbangan sukarela di Negeri Terengganu sahaja iaitu di tempat-tempat yang diarahkan atau dipersetujui oleh Jabatan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Penyertaan masyarakat/kanak-kanak (pelajar-pelajar tuan/puan) dalam sumbangan tersebut hendaklah melebihi 10 orang. Sumbangan bermaksud :
- Pengajaran Kelas Al-Quran.
- Kelas Fardhu Ain.
- Mengajar Bahasa Arab.
- Mengajar Ilmu Tafsir Al-Quran,Tajwid, Feqah dan lain-lain.
- Menjadi Imam Masjid/Surau.
- Hasil Penulisan.
viii. Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui borang JHEAT/D 2010 yang boleh didapati dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Dakwah) dan Pejabat Agama Daerah masing-masing dan juga boleh didapati dengan melayari laman web http: //jheatweb.terengganu.gov.my. Bagi Hafiz/pemohon 30 juzu’ hendaklah mengisi Borang Maklumat Sumbangan Sukarela berkembar.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke:-
Pejabat Agama Daerah masing-masing sebelum 31 Januari 2011.
____________________
Bersedia dan sanggup memberi sumbangan sukarela di Negeri Terengganu sahaja beb...Untuk agama bukan main bersyarat. Kalau nak bagi duit untuk program maksiat tiada pula banyak songeh. Kalau tiada sumbangan maka elaun akan dipotong. Kalau 30 juz sebanyak RM 1000 sebulan maka kena potong berapa ratus entah. Yang jadi mumtahin mahir baca tajwid tak? Bacaan fasohah tak? Atau reti bagi markah je? Atau berselera dengan elaun jadi mumtahin?
Write a comment
Catat Ulasan