Para Huffaz Harta Tidak Ternilai

GEORGETOWN, 11 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggangap para huffaz merupakan harta yang tidak ternilai pada negara kerana memerlukan kepimpinan berketrampilan dan mempunyai cara hidup beragama yang tinggi.


Katanya, jika tidak mengamalkan cara hidup beragama yang tinggi beliau yakin negara boleh musnah ekoran krisis moral yang semakin mengancam negara.


“Para huffaz sama ada yang hadir pada hari ini atau yang ada di luar negara adalah harta yang tidak ternilai pada negara. Kepimpinan yang berakhlak mulia akan mengemudikan negara dengan baik,” ujarnya ketika berucap sempena Majlis Pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Huffaz Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, pagi tadi.


Oleh itu, sambung beliau sejak tiga tahun lepas Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan sumbangan kepada golongan terbabit sebagai menghargai jasa mereka yang sanggup menghafal Al-Quran.


Kerajaan juga, ujarnya menyalurkan bantuan khusus kepada aktiviti keagamaan semata-mata memartabatkan Islam di negeri ini dan hasil program tersebut terhadap pertambahan 40 orang huffaz untuk tahun ini berbanding tahun lalu.


Ia juga, katanya selari dengan matlamat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang mahu melahirkan ‘satu keluarga satu hafiz’.


“Saya yakin hasil dari pengiktirafan itu menambahkan lagi para huffaz di negeri ini. Untuk tahun ini sahaja saya difahamkan 40 orang telah dilahirkan. Ini satu kebanggaan,” tegasnya.


Selain memberikan pengiktirafan kepada para huffaz yang hadir kerajaan negeri juga memberikan sumbangan kepada Johan Program Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridwan yang telah menaikkan imej Negeri Pulau Pinang serta boleh dijadikan motivasi kepada para huffaz di sini.


Beliau merupakan seorang huffaz lulusan Maahad Tahfiz Al Quran Pulau Pinang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB).


Turut hadir dalam majlis tersebut Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama (Dr) Abdul Rahman Abas.


Sumber: Harakahdaily.


__________________________________________
Di Terengganu para huffaz pun tak ternilai sehingga diadakan skim hafazan. Untuk skim bahagian 30 juzuk diberi elaun sebulan sebanyak RM 1000. Sebelum dapat elaun para huffaz akan diuji oleh panel khas. Mereka akan diuji sebanyak 3-40 soalan dari Quran. Kalau tidak dapat jawab mereka akan dipotong markah, hanya markah 80 ke atas akan diberi elaun.


Kerajaan pula dengan berbaik hati akan mengurangkan peruntukan elaun skim hafazan ini. Yelah baik peruntukan ditambah untuk aktiviti hiburan barulah ekonomi Terengganu masyuk. Untuk para huffaz buat apa? Buang karen jer.


Bila peruntukkan dikurangkan maka makin kurang para huffaz yang dapat elaun. Jadi markah akan diketatkan kononnya hanya yang berkualiti sahaja diberi elaun - itu menurut pandangan salah seorang panel penemudugalah. Panel ni sebahagiannya umpama jerung besar, pantang salah je potong markah. Panel ni baca Quran pun tak berapa betul ada hati berlagak sebagai orang fasih tajwid. Piraah....mereka nak dapat elaun sebagai panel penemuduga jer. Gaji dah 4K masih nak baham duit disitu...itulah perangai jerung besar.


Setiap huffaz pula kena ada aktiviti masyarakat seperti mengajar tajwid di surau-surau dengan rela hati tanpa ambil apa-apa bayaran. Mereka dikehendaki memberi nama pelajar termasuk no telefon mereka. Ini bagi memastikan para huffaz ini bercakap benar....yelah takut ada menipu untuk dapat elaun 1K sebulan. Fuuuh.....berkira benar kerajaan. Baik sungguh kerajaan BN. Para huffaz didahulukan tak seperti negeri lain kononnya. Jikalau tiada apa-apa sumbangan pada masyarakat maka elaun sebanyak RM 1,200 dipotong. Hahaha.....bagusnya BN. Nak bagi duit ke mat saleh buat durjana di negeri Terengganu direlakan, tapi untuk agama berkira bukan main. Eh UMNO kan memartabatkan agama Islam kan.


Write a comment