Buku ini diterbitkan oleh Urus Setia Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Percetakan al-Quran, Lembaga Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Malaysia. Buku ini sebenarnya dibahagi percuma kepada jabatan tertentu seperti Jakim, Jabatan Agama dan Maahad Tahfiz. Malangnya ada juga setengah orang menjual buku ini. Dahlah dia perolehi buku ini percuma, dijualnya pula kepada murid kelas mengajinya. Sungguh tak patut. Duit ambil kira atas upah mengakut buku ke ustaz ooi?
Cetakan pertama pada tahun 1996 kemudian diperbaharui lagi isinya pada tahun 2004, 2005, 2007. Tahun 2009 saya tidak tahu ada atau tidak cetakan baru kerana saya dah keluar dari medan sekolah kerajaan.
Cetakan pertama pada tahun 1996 kemudian diperbaharui lagi isinya pada tahun 2004, 2005, 2007. Tahun 2009 saya tidak tahu ada atau tidak cetakan baru kerana saya dah keluar dari medan sekolah kerajaan.
Buku berkaitan Rasm Uthmani atau yang membicarakan tentang tulisan yang terdapat dalam mashaf al-Quran amat jarang sekali kita jumpa. Ini sebab jarang juga kita mendengar orang membicarakan di medan syarahan dan mengajar ilmu Rasm Uthmani di sekolah agama, universtiti, kuliah agama. Masih baru dikalangan orang kita barangkali. Tapi di maahad tahfiz khususnya tajaan kerajaan ilmu Rasm Uthmani amat dititik beratkan. Diharapkan ilmu ini disebarkan lebih meluas lagi supaya masyarakat lebih faham kaedah tulisan Uthamani sekaligus bertambah fahamlah isi kandungan al-Quran.
Daftar Isi
BAB 1: PENGENALAN AL-QURAN
1.1 Pengertian al-Quran
1.2 Kelebihan al-Quran
1.3 Peringkat Penurunan al-Quran
1.4 Kaedah Penurunan Wahyu
1.5 Nama-nama Kitab Suci dan Jumlahnya
1.6 Faktor Dinamakan Kitab Suci
1.7 Keistimewaan al-Quran
1.8 Fadhilat Membaca al-Quran
1.9 Fadhilat Mengajar al-Quran
1.10 Rukun-rukun Bacaan yang Sah
1.11 Faktor Bacaan yang Baik
1.12 Pembelajaran al-Quran pada Zaman Rasulullah SAW, Sahabat, Tabi’en dan Masa Terkemudian
1.13 Bahan-bahan Cetakan al-Quran
BAB 2: SEJARAH AL-QURAN
2.1 Tulisan Arab
2.2 Tulisan dan Penulisan al-Quran
2.3 Penulisan dan Pengumpulan al-Quran pada Zaman Rasulullah SAW
2.4 Penulisan al-Quran pada Zaman Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a
2.5 Penulisan al-Quran pada Zaman Saiyidina Usman bin Affan r.a
2.6 Kelebihan-kelebihan Rasm Uthmani
2.7 Tahap Penulisan al-Quran
2.8 Cara Bacaan al-Quran yang diamalkan Masa Kini
2.9 Penulisan al-Quran (Ilmu Rasm)
2.10 Pembahagian Rasm
Lampiran
i. Lampiran 2a (Contoh al-Quran pada Zaman Awal)
ii. Lampiran 2b (Contoh al-Quran pada Zamal Awal)
iii. Lampiran 2c (Contoh al-Quran pada Zamal Awal)
iv. Lampiran 2d (Contoh al-Quran pada Zamal Awal)
BAB 3: KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI
3.1 Kaedah Penulisan Rasm Uthmani
3.2 Kaedah Pertama: al-Hazf (الحذف)
3.2.1 Definisi dan Pembahagian
3.2.2 Hazf al-Alif (حذف الالف)
3.2.3 Hazf al-Wau (حذف الواو)
3.2.4 Hazf al-Ya’ (حذف الياء)
3.2.5 Hazf al-Lam (حذف اللام)
3.2.6 Hazf al-Nun (حذف النون)
3.2.7 Hazf fawatih al-suar (buang pada permulaan surah)
3.3 Kaedah kedua: al-Ziadah (الزيادة)
3.3.1 Definisi
3.3.2 Ziadah al-Alif (زيادة الالف)
3.3.3 Ziadah al-Wau (زيادة الواو)
3.3.4 Ziadah al-Ya’ (زيادة الياء)
3.4 Kaedah ketiga: Penulisan Hamzah
3.4.1 Definisi dan Pembahagian
3.4.2 Hamzah Wasal (وصل)
3.4.3 Hamzah Qata’ (قطع)
3.5 Kaedah Keempat: al-Ibdal (الابدال)
3.5.1 Definisi
3.5.2 Pembahagian
3.5.3 Ibdal Alif kepada Wau
3.5.4 Ibdal Alif kepada Ya’
3.5.5 Ibdal Alif kepada Alif
3.5.6 Ibdal Ta Marbutah kepada Ta’ Maftuhah
3.5.7 Ibdal Thulati Wau kepada Alif
3.6 Kaedah Kelima: al-Maqtu’ wa al-Mausul (المقطوع والموصول)
3.6.1 Definisi
3.6.2 Pembahagian
3.6.3 Perbezaan Ulama Rasm antara Maqtu’ dan Mausul
3.6.4 Persepakatan ulama Rasm pada Maqtu’
3.6.5 Persepakatan ulama Rasm pada Mausul
3.7 Kaedah Keenam: Rasm Kalimah yang Mempunyai Dua Bacaan (ما فيه قراءتان فكتب على إحداهما)
3.7.1 Pembahagian
3.7.2 Rasm kalimah yang dibaca dengan Alif atau tanpa Alif
BAB 4: ISTILAH DHABT AL-QURAN
4.1 Pendahuluan
4.2 Maksud al-Dhabt (الضبط)
4.3 Faedah Mengetahui al-Dhabt
4.4 Tanda Bacaan Rasm Uthmani
BAB 5: PANDUAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN
5.1 Kaedah Membaca
5.2 Kumpulan
5.3 Guru
5.4 Pelajar atau Murid
5.5 Penekanan yang Dicadangkan
5.6 Cara-cara Pembelajaran
5.7 Panduan Menghafaz al-Quran
5.8 Doa Sebelum Membaca dan Menghafaz al-Quran
5.9 Doa Selepas Membaca dan Menghafaz al-Quran
BAB 6: UNIT KAWALAN TEKS AL-QURAN
6.1 Pendahuluan
6.2 Akta 326 dan Peraturan Pencetakan Teks al-Quran
6.3 Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran
6.4 Lajnah Tashih al-Quran
6.5 Urus setia Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran
6.5.1 Sejarah Penubuhan
6.5.2 Objektif
6.5.3 Tanggungjawab
6.6 Mujamma’ al-Madinah al-Munawarah
6.6.1 Pengenalan
6.6.2 Keanggotaan
6.6.3 Pelaksanaan
Lampiran
i. Lampiran 6a (Ayat Tidak Bernombor)
ii. Lampiran 6b (Nombor Ayat Tidak Berterusan)
iii. Lampiran 6c (Titik Bertukar)
iv. Lampiran 6d (Tulisan Bercampur Aduk Antara Imla’I dan Uthmani)
v. Lampiran 6e (Ayat Tertinggal, Kalimah Terpisah dan Titik Tertinggal)
LAMPIRAN
Lampiran 7a (Perbandingan Rasm al-Quran)
Lampiran 7b (Indeks Perkataan Istilah Arab)
Penerbit: Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN)
Tahun: 2007
Harga: Percuma
Terima kasih akan info, teringin juga nak dapatkan buku panduan tersebut......
BalasPadamEmm buku tersebut setiap 2-3 tahun sekali mesti akan update dan akan diedar ke jabatan kerajaan yang terlibat dlm bidang al-Quran seperti maahad tahfiz negeri dan sebagainya. Kadang2 diedar dalam kursus al-Quran kepada guru2.
BalasPadamYang terbitan KDN ni sudah sikit nak cari dipasaran, encik boleh dapatkan buku yang satu lagi terbitan YADIM. Boleh dibeli di kedai YADIM.