Pelajaran 1

مباحث في علوم القرآن
لفضيلة الإمام الأكبر
الدكتور محمد سيّد طنطاوي
شيخ الأزهر

1- تعريف علوم القرآن، وموضوعه، وفوائده

علوم القرآن
هي علوم تتألف من ممباحث، هذه المباحث تتعلق بالقرآن الكريم، من ناحية نزوله، كمعرفة أول ما نزل منه، أو من حيث أسباب نزول بعض آياته، أو ما نزل منه قبل الهجرة، وما نزل بعد الهجرة، وأن ما نزل منه قبل الهجرة يسمى: بالقرآن المكي، وما نزل بعد الهجرة يسمى: بالقرآن المدني، أو من ناحية كتابته، وجمعه، ورسمه، أو من جهة: إعجازه، وأسلوبه، وأمثاله، وقصصه، أو من ناحية: تفسيره، وتوضيح ألفاظه، ومعانيه.  

Ulum Quran adalah suatu ilmu yang tersusun dari segi perbahasannya. Perbahasannya pula berkaitan dengan al-Quran dari sudut penurunannya iaitu seperti mengetahui ayat yang mula turun, sebab-sebab turunnya sebahagian ayat Quran, ayat yang diturunkan sebelum Hijrah dan selepas Hijrah. Ayat yang turun sebelum Hijrah dinamai: Quran Makki. Manakala selepas Hijrah dinamai: Quran Madani. Juga membahaskan dari sudut penulisan, pengumpulannya, baris, i'jaznya, susunan prosa katanya, perumpamaannya, kisah-kisah di dalamnya, tafsirnya, penjelasan lafaz-lafaznya dan maknanya.

وكل مبحث من هذه المباحث المتنوعة، قد ألفت فيها مؤلفات: بعضها مختصر، وبعضها مفصل تفصيلاً واسعاً.

Perbahasan ilmu dalam Ulum Quran cukup banyak dan banyak dikarang oleh para ulama ada yang ringkas ada yang cukup detail kupasannya.

من ناحية  - dari sudut atau segi

موضوع علوم القرآن
هو القرآن الكريم ذاته، من هذه النواحي السابقة، التي تتعلق بآياته، وسوره، وأسباب نزوله، ومكية ومدنية.
ولعل السر في أن العلماء قد سموا هذا العلم: بعلوم القرآن، ولم يسموه: بعلم القرآن، لأن كل مبحث من هذه المباحث، التي أشرنا إليها علماً قائماً بذاته. 
فمثلاً مبحث: (إعجاز القرآن) يعد علماً قائماً بذاته، وقد ألفت فيها مؤلفات شتّى، ومبحث المكيّ والمدنيّ من القرآن يعد أيضاً علماً بذاته.
ومبحث المحكم، والمتشابه من القرءان يعتبر كذلك علماً مستقلاً...فلما كانت العلوم التي ألفها العلماء لخدمة القرآن، علوماً متنوعة، سمّي هذا العلم: بعلوم القرآن وليس بعلم القرآن.

Tajuk-Tajuk Ulum Quran

Topik-topik yang dibincang adalah tentang al-Quran itu sendiri. Berkaitan dengan ayat Quran, surah-surah, asbab nuzul, makkiyyah dan madaniyyah.

Barangkali rahsia dinamai Ulum Quran oleh para ulama (tidak dengan ilmu Quran) kerana setiap perbahasan disini adalah suatu ilmu yang berdiri dengan sendirinya.

Contohnya bab: I'jāz al-Quran - adalah suatu ilmu berdiri dengan sendirinya. Terdapat pelbagai tulisan tentang bab ini. Begitu juga dengan bab al-Makkī dan al-Madanī.

Perbahasan bab al-Muhkam, al-Mutasyabih juga suatu ilmu yang tersendiri. Maka dengan demikian ramailah para ulama menulis kitab-kitab berkaitan Ulum Quran demi berkhidmat kepada al-Quran itu sendiri. Kerana itulah dinamai Ulum (ilmu-ilmu) al-Quran tidak ilmu al-Quran.

فوائد معرفة علوم القرآن
أنها تعطينا صورة متكاملةً عن القرآن الكريم، من حيث نزوله، وتفسيره، وجمعه، وكتابته، وعند ما تكتمل في أذهاننا هذه الصورة، تزداد قداسة القرآن الكريم في نفوسنا، وتزداد معرفتنا بهداياته، وبآدابه، وبأحكامه، وبتشريعاته، كما أن معرفتنا بعلوم القرآن تجعلنا نستطيع أن نرد على الشبهات الباطلة، التي أثارها الجاهلون، والحاقدون حول القرآن الكريم، وتجعلنا نعرف ما هي الشروط التي يجب أن تتوفر فيمن يتعرض لتفسير القرآن الكريم، وفيمن يتعرض للحديث عن أوامره ونواهيه.    

Faedah Kenal Ulum Quran

Mengetahui pelajaran ini dapat memberikan kita gambaran sejelasnya berkaitan Quran. Iaitu dari segi penurunan ayat Quran, tafsir Quran, pengumpulan Quran, penulisan Quran. Apabila pemikiran kita sudah diberikan gambaran sejelasnya maka semakin bertambahlah kemuliaan al-Quran di dlm hati sanubari kita, mendapat hidayahNya, mengetahui adab-adab Quran, hukum-hakam didalamnya, syariat Islam, menjadikan kita mampu menolak segala syubhat (kekeliruan) sesat yang disebarkan oleh orang jahil dan berdendam dengan Quran (Islam). Kita juga dapat mengetahui syarat-syarat yang wajib dikuasai pada sesiapa mau menafsir Quran dan Hadith tentang ayat berkaitan suruhan dan laranganNya.

وكذلك معرفة علوم القرآن تجعلنا ندرك مدى الجهد الفائق الذي بدله العلماء، لخدمة القرآن الكريم، إذ أن منهم من كتب في تفسيره، ومنهم من كتب في ناسخه ومنسوخه، ومنهم من كتب في إعجازه، ومنهم من كتب فب قراءاته، ومنهم من كتب في غير ذلك، من الموضوعات، الخاصة بخدمة القرآن الكريم.

Selain itu kita dapat mengetahui usaha berterusan para ulama untuk berkhidmat kepada al-Quran. Ada diantara mereka mengarang kitab tafsir Quran, nāsikh mansūkh, i'jāz, qiraat Quran dan pelbagai ilmu lagi berkaitan al-Quran.

علم   adalah mufrad kepada علوم

Write a comment