Cara Belajar Tajwid

طريقة أخذ علم التجويد عن الشيوخ

Warisan yang kita terima daripada para ulama cara belajar tajwid ada 2 iaitu:

الأول: أن يستمع التلاميذ من لفظ الشيخ، بأن يقرأ الشيخ أمام التلميذ وهو يسمع. وهذه طريقة المتقدمين.
الثاني: أن يقرأ التلميذ بين يدي الشيخ وهو يسمع. وهذه طريقة المتأخرين.

1. Talqin (طريقة التلقين): Iaitu Guru membaca depan murid dan murid mendengarnya. Ini adalah mutaqodimin.


2. Arod (طريقة العرض): Iaitu murid membaca depan Guru dan Guru menyemak bacaan murid. Ini adalah cara muta'akhirin.


Para ulama berselisih pendapat cara manakah yang paling baik. Jawapannya menggabung kedua cara ini adalah jalan paling terbaik sekali.

Dalam Hadith:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لأبي بن كعب: إن الله أمرني أن أقرأ عليك ﴿ لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا ﴾. (صحيح البخاري ومسلم)

Maksud Hadith di atas Nabi SAW membaca al-Quran dan mengajar serta membimbing Ubay membaca al-Quran.

Jikalau tiada waktu atau ada larangan yang membataskan untuk mengumpul dua cara ini maka pilihlah cara kedua. Kerana cara ini lebih berfaedah bagi melatih lidah murid dan lebih besar pahalanya.

Cara ini dikenali dengan talaqqī dan mushāfahah.

ومن يأخذ العلم عن شيخ مشافهة * يكن عن الزيغ والتصحيف فى حرم
ومن يكن اخذا للعلم من صحف * فعلمه عند أهل العلم كالعدم

Ertinya: Barangsiapa menerima ilmu daripada guru secara musyafahah, dia akan terselamat dari terpesong dan diseleweng. Dan barangsiapa menerima ilmu daripada buku, ilmunya di sisi orang yang berilmu seperti orang jahil.

Write a comment