KOTA BHARU 10
Ogos - Melalui siasatan awal pihak polis, seorang guru mengaji yang ditemui
mati dengan kesan kelar kaki dan tangan di tebing Sungai Pergau, Batu
Melintang, Jeli, 30 Julai lalu dikatakan bermotifkan cemburu.
Ketua Polis
Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan pihaknya mempercayai pembunuhan
ibu tunggal tujuh cahaya mata yang sudah enam tahun kematian suami itu
membabitkan hubungan cinta antara kedua-dua suspek yang ditahan.
Katanya,
sehubungan itu, perintah reman suspek yang berusia 52 dan 54 tahun itu
masing-masing dilanjutkan tujuh hari lagi bagi membantu siasatan.
“Buat masa
sekarang, kami syak mereka menaruh minat terhadap mangsa menyebabkan timbul
cemburu sehingga kejadian berlaku.
“Bagaimanapun
itu hanya motif awal dan siasatan terperinci masih diteruskan kami mengetahui
motif sebenar,” katanya selepas penyampaian hadiah kepada pemenang Konvensyen
Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Kontinjen Kelantan 2015 di Ibu Pejabat
Polis daerah (IPD), di sini, hari ini.
Konvensyen
disertai 18 pasukan dan diungguli kumpulan Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti (JPJKK) diikuti naib johan, IPD Gua Musang.
Terdahulu,
mangsa, Ruziah Saupi, 50, ditemui seorang penjala ikan pada jam 12 tengah hari
di atas batu di kawasan Kuala Air Kepal, Sungai Pergau kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Kampung
Dendong selepas tiga hari dilaporkan hilang, bermula 28 Jun.
Menurut Mazlan
lagi, kedua-dua suspek juga sudah kenal lama dengan mangsa kerana tinggal di
kampung sama dan menolak kemungkinan mangsa disamun berdasarkan tiada kesan
pencerobohan atau pergelutan ditemui di lokasi kejadian. Barang berharga mangsa
juga tidak dilarikan.
“Pembunuhan ini
adalah satu yang amat mengejutkan kerana melibatkan seorang guru mengaji.
Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan mangsa tidak sepatutnya dibuat
sebegitu.
“Pihak polis
mengambil tindakan serius terhadap kes ini dan akan melakukan siasatan secara
terperinci dari segala aspek bagi mengetahui jawapan sebenar mangsa dibunuh,”
katanya
Kedua-dua suspek
dikenakan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana
membunuh.
Sumber: Rakyatnews
Sumber: Rakyatnews
Write a comment
Catat Ulasan