NIBONG TEBAL, 20
Mei | Pelupusan al-Quran menggunakan teknologi mesin merupakan cara
terhormat serta mampu memelihara kesuciannya.
Demikian tegas
Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad selepas menyaksikan
pembakaran/pelupusan al-quran lama dan lusuh dengan menggunakan mesin
pembakaran khas di Masjid Jamek Nibong Tebal dekat sini hari ini.
Bercakap kepada
pemberita, Syaikh Ismail berharap Masjid Negara juga dapat membeli mesin
tersebut sekaligus memudahkan masyarakat Islam di sekitar Lembah Klang untuk
menghapuskan al-quran selain masjid-masjid di kampung-kampung yang banyak
menyimpan al-quran lama.
Beliau
menasihatkan masyarakat Islam agar menghapuskan al-quran di tempat yang
sepatutnya serta menjaga kitab itu sebaik-baiknya kerana ia merupakan mukjizat
yang paling besar kepada Nabi Muhammmad S.A.W.
Sementara itu,
Imam Utama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Ustaz Mohd Zaki Abdul Halim
berkata Pulau Pinang merupakan negeri kedua melupuskan Al-Quran menggunakan
teknologi mesin selepas Johor.
Katanya, mesin
itu yang berharga RM48,000 dibeli daripada Jabatan Agama Islam Johor.
Mohd Zaki
berkata untuk sekali pelupusan menggunakan mesin tersebut ia boleh memuatkan
kira-kira 20 ke 30 kilogram naskhah al-quran.
"Kos untuk
dua kilogram al-quran dilupuskan ialah RM5. Untuk lupus kita memerlukan masa
dalam empat jam dan untuk lengkap menjadi debu mungkin memakan masa sehingga
enam ke tujuh jam.
Debu dari
pembakaran itu dijadikan ketulan sebelum di buang ke laut, katanya.
bagus sekiranya setiap daerah memiliki satu mesin...tak perlu setiap masjid.
BalasPadamsaya setuju
Padambukan senang nak lupuskan al -quran ni
BalasPadamYe betul nak lupus memang memerlukan tertib dan adab yang benar.
Padam