Buku | Mudahnya Hafaz Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril


Membaca prakatanya sudah membuat saya teruja. Isinya menyebut:

1. Adakah kita seorang yang suka membaca Al-Quran?

2. Ketika mengikuti solat Subuh berjemaah pada pagi Jumaat, pernahkah terlintas dalam fikiran kita suatu hari nanti kita akan menjadi imam dan membaca surah As-Sajadah dan surah Al-Insan dengan fasih?

3. Adakah kita peminat setia rancangan siaran langsung Solat Tarawih 30 juzuk dari Makkah?

4. Pernahkah terdetik dalam hati kita untuk cuba menghafal surah Yasin yang sudah fasih dibaca beratus kali itu?

5. Adakah kita begitu menikmati bacaan Al-Quran dari kaset, cd, radio, dan berkhayal bahawa suatu hari nanti kita dapat mengikuti bacaannya tanpa memandang Al-Quran?

6. Sekiranya kita seorang ibu ataupun bapa, adakah kita berharap supaya seorang daripada anak kita menjadi hafiz ataupun hafizah?

7.Tanpa memandang latar belakang pelajaran, umur, dan pekerjaan, pernahkah kita membaca Al-Quran sambil terfikir, “Sekiranya saya dapat menghafal kesemuanya dengan lancar seperti Rasulullah s.a.w., alangkah bahagianya hidup saya.”

Sebenarnya sudah lama saya mendengar Kaedah Jibril daripada Ustaz Asraff. Ia bergerak melalui seminar Kaedah Jibril. Namun tidak berpeluang mengetahui lebih rapat. Melalui buku ini saya dapat mengintip rahsia Kaedah Jibril.

Dengan isi buku berwarna-warni, bagi saya ia meningkat ghairah untuk membaca.

Dalam buku ini Ustaz Asraff memberi cadangan 10 surah pilihan sebagai permulaan untuk menghafal melalui Kaedah Jibril. Surah tersebut ialah:
1. Surah Yasin
2. Surah as-Sajdah
3. Surah al-Insan
4. Surah al-Mulk
5. Surah ar-Rahman
6. Surah al-Muzammil
7. Surah al-Jumu’ah
8. Surah al-Qiamah
9. Surah al-Waqiah
10. Surah ad-Dukhan

Nak tahu apa itu Kaedah Jibril anda mesti membeli buku ini.

Daftar Isi

Prakata
Dedikasi

Bab 1: Adakah Sukar Menghafal Al-Quran?
Pengalaman Awal Penulis selaku Al-Hafiz
Hari Pertama yang Melemahkan Semangat
Nasihat Ustaz Pengubah Minda
Keberkatan
Cikgu Kamaruzzaman, Guru Motivasi yang Santai
Menghafal itu Satu Nikmat 7

Bab 2: Mengapa Kita Perlu Menghafal Al-Quran?
Sebab 1: Melaksanakan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Sebab 2: Mengisi Otak dengan `Makanan' Paling Sempurna
Sebab 3: Menjadi Manusia Lebih Seimbang Seperti Rasulullah s.a.w.
Sebab 4: Menjadi Kerabat Allah s.w.t. ‘Ahlullah
Sebab 5: Membantu Allah s.w.t. mengekalkan Al-Quran
Sebab 6: Kehidupan Terasa Lebih Dekat dengan Tuhan
Sebab 7: Memasang Pembersih Tercanggih untuk Hati Mulakan Langkah

Bab 3: Sebelum Menghafal, Kenali Otak Kita Dahulu
Perihal Otak
Berapa Jumlah Memori yang Kita Ingat?
Bagaimana Otak Berfungsi?
Kaitan Maklumat dengan Hafalan

Bab 4: Berkenalan dengan Kaedah Jibril
Mengapa Dinamakan Kaedah Jibril?
Secara Asasnya...
Perasaan Ketika Pertama Kali Menghafal Menggunakan Kaedah Jibril
Syarat bagi Mengikuti Kaedah Jibril
Bagaimana Sekiranya Kita Terlupa Ayat yang Dihafal Sebelumnya, Terutama Apabila Semakin Banyak Ayat yang Dihafal?
Carta Strategi Asas Kaedah Jibril

Bab 5: Teknik 1: Tiga Baris Sehari
Sebab Pertama: Tiga Baris Mudah Mampu Dihafal dalam Sehari
Sebab Kedua: Tiga Baris Mudah Disiplinkan Hafalan
Sebab Ketiga: Tiga Baris Tidak Mengambil Masa Terlalu Lama untuk Dihafal
Sebab Keempat: Mengikut Baris Memudahkan Jumlah Sasaran Hafaian dalam Sebulan

Bab 6: Teknik 2: 30 Minit Sehari
Kesesuaian Waktu Menghafal
Gangguan Ketika Menghafal

Bab 7: Teknik 3: Tiga Kali Ulangan Pada Setlap Waktu Solat
Mengapa Waktu Solat?
Keberkesanan Teknik
Dari Mana Idea Mengulang Ini Bermula?
Kesimpulan

Bah 8: Teknik Lanjutan: Serampang Tiga Mata
Serampang Satu: Menghafal Lima Hari Sahaja
Serampang Dua: Hujung Minggu Sebagai Hari Mengulang
Serampang Tiga: Empat Muka Surat Sebulan
Kelancaran Hafalan yang Diganggu

Bab 9: Apa yang Akan Kita Hafal?
10 Surah Popular untuk Dihafal
Permulaan bagi Menghafal

Bab 10: 10 F.A.Q Berkaitan Kaedah Jibril
Terlupa Ayat yang Dihafal Ketika Membacanya dalam Solat
Kaedah Jibril yang Sesuai untuk Anak
Menghafal Lebih daripada Tiga Baris dalam Sehari
Hukum Menghafal Al-Quran untuk Wanita Haid
Cara Mengulang Ketika Surah yang Dihafal Semakin Banyak
Cara Mudah Memotong Ayat Tanpa Menjejaskan Maksud
Menghafal Selain daripada Waktu Subuh
Apa yang Perlu Dilakukan Sekiranya Hafalan Semakin Berkurang?
Doa yang Perlu Diamalkan Setiap Kali Ingin Menghafal
Cara Terbaik bagi Mengatasi Masalah Kekeliruan Ayat Mutasyabihat 

Bab 11: Keindahan Kaedah Jibril
Alasan Pertama: Sukar Menghafal kerana Tidak Fasih Membaca Al-Quran
Alasan Kedua: Sukar Menghafal kerana Tiada Masa
Alasan Ketiga: Sukar Menghafal kerana Faktor Umur Alasan
Keempat: Sukar Menghafal kerana Dikhuatiri Lupa

Bab 12: Mula Menghafal
 Pertama: Pintu Hati
Kedua: Pintu Sabar

Bab 13: Teknik Hafalan 'Advance': Untuk Mereka yang Benar-Benar Serius Sahaja
Pelajar Pintar Vs Pelajar Kurang Pintar
Kebaikan Ketiga-Tiga Teknik Ini
Apa Kepentingan Maklumat ini kepada Hafalan Kita?
Teknik yang Saya Gunakan

Bab 14: Teknik Hafalan Advance: Ingin Sertai Perlumbaan Marathon 30?
Sebelum Terjun Ke Perlumbaan Marathon 30 Juz, Kita Perlu...
Supaya Hafalan Juz 29 dan Juz 30 Benar-Benar Berfungsi Sebagai Temanas Badan
Baiklah, Ini Jadual Marathon 30 Kita
Sebelum Bermula, 1 Lagi Petua: Sekiranya Nafas Terasa Sesak, Longgarkan Ikatan Tali Pinggang
Yang Paling Penting

Penutup 
Rujukan

Judul Buku: Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril
Penulis: Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz
Penerbit: PTS Millennia
Tahun: 2015
Harga: RM 16

Write a comment