Jika merenung proses turun al-Quran daripada Lauh al-Mahfuz kepada Rasulullah SAW terasa betapa cermat dan telitinya. Malaikat Jibril a.s menjalankan tugasnya dengan amanah membawa wahyu dan disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW.
Oleh DR. KHAIRUL
ANUAR MOHAMAD
Jika merenung
proses turun al-Quran daripada Lauh al-Mahfuz kepada Rasulullah SAW terasa
betapa cermat dan telitinya. Malaikat Jibril a.s menjalankan tugasnya dengan
amanah membawa wahyu dan disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW.
Jibril a.s
terkenal dengan gelaran al-Amin. Aturan yang Allah lakukan adalah amat sesuai
dengan kedudukan al-Quran yang diturun dari sisinya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya al-Quran adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekelian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. (al-Syu'ara': 192-193)
وَإِنَّهُ لَتَنزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ
[192] نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ
[193]
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya al-Quran adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekelian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. (al-Syu'ara': 192-193)
Al-Quran menjadi
hidayah panduan kepada orang bertakwa. Memandu manusia untuk mengenal Allah SWT
dan berakidah dengan cara yang betul. Ia juga disifatkan sebagai penawar kepada
seluruh penyakit, sama ada yang zahir mahupun yang batin.
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ
شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا
[17:82]
Firman-Nya yang
bermaksud: Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur daripada al-Quran yang
menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman kepadanya dan
sebaliknya al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan
keingkaran mereka)melainkan kerugian jua. (al-Isra: 82)
Panduan dan
ajaran al-Quran yang amat jelas membawa manusia ke jalan yang lurus disebutkan
sebagai nur atau cahaya. Ilmu yang memimpin dan menambah pengetahuan manusia
adalah cahaya kerana panduaannya. Betapa al-Quran yang memimpin manusia di
dunia dengan cara yang betul, seterusnya sampai ke akhirat dengan kejayaan
sudah pasti cahayanya.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءكُم
بُرْهَانٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينًا [4:174]
Firman Allah
SWT: Wahai sekelian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti
daripada Tuhan kamu dan kami pula telah menurunkan kepada kamu (al-Quran
sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi segala apa jua yang membawa kejayaan di
dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak. (al-Nisa: 174)
Nabi Muhammad
SAW dalam banyak hadis mengalakkan umatnya membaca al-Quran. Baginda SAW juga
mahukan umatnya merasa kenikmatan membaca al-Quran sehingga dibandingkan mukmin
yang membaca al-Quran adalah seperti buah Utrujjah yang bersifat harum baunya
dan enak rasanya.
Sementar itu, mukmin
yang tidak membaca al-Quran seperti tamar, manis rasanya tetapi tidak ada
keharumannya.
Justeru, pilih
lah untuk menjadi mukmin membaca al-Quran setiap hari. Muslim yang membacanya
adalah mulia dan diberi ganjaran, sama ada faham kandungan yang dibaca atau
tidak, juga diberi ganjaran kepada yang susah menyebut kalimahnya dan berat
lidah membacanya.
Sabda Rasulullah
SAW: Barang siapa membaca satu huruf daripada al-Quran akan mendapat kebaikan.
Setiap kebaikan diganda sepuluh. Aku tidak kata alif lam mim itu satu huruf
tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (riwayat al-Bukhari)
Write a comment
Catat Ulasan