Syeikh Zakaria, Mesir

Syeikh Isa Ma’sarawi membaca dan bertalaqqi Quran secara jamak qiraat. Indah sungguh suasana ini. Syeikh Isa ni Syeikhul Qurra’ Mesir, tapi masih tawaduk bertandang ke rumah Syeikh Zakaria bin Abdul Salam (زكريا بن محمد بن على بن عبد السلام), Syeikhul Qurra’ di sebuah kampung bernama Gamagamoun (جماجمون), daerah Desouk (دسوق) dalam negeri Kafr Sheikh (كفر الشيخ). Lahir pada 4 Jun 1927M dan meninggal dunia pada hari Isnin selepas solat Asar, 16 Nov 2009M/ 28 Zulkaedah 1430H. 


Beliau menguasai Qiraat dari Matan Syatibi, Durrah sehingga Tayibah dengan sanad muttasil. Beliau juga antara syeikh qiraat yang mempunyai sanad tertinggi di Mesir kerana itu ramai qurra' bertandang ke rumahnya mengambil barokah. Ya Allah! Jadikanlah aku sama seperti mereka yang mahir dalam ilmu Quran.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وارْحَمْهُ وعافِهِ واعفُ عنْهُ وأكرمْ نُزُله، ووسِّع مُدْخلَهُ، واغسلهُ بالمَاءِ والثَّلْجِ والبَرَدِ، ونَقِّهِ من الخطَايا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوبَ الأَبيضَ من الدَّنَسِ، وأَبْدلهُ داراً خيراً من دارهِ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجهِ وأَدْخِلْهُ الجَنَّةَ وأعِذْه من عَذَاب القَبْرِ ومِنْ عَذَاب النَّارِ.

Write a comment