Soal Jawab Matan Syatibi 2


6. Kerana apa lebih glamor dengan Syatibi?

Dinisbahkan kepada tempat kelahiran beliau di negeri Syatibah [شاطبة] di Andalus (Sepanyol).

7. Biografi sirah beliau ada?

Secara ringkasnya nama beliu Abul Qasim atau Abu Muhammad bin Firuh bin Khalaf bin Ahmad al-Syatibi al-Ru’aini al-Andalus al-Dharir [أبو القاسم، أو أبو محمد، القاسم بن فِيـرُّة بن خلف بن أحمد الشاطبي الرُّعيني الأندلسي الضرير].

Kata Ibn Jazari: Firuh [فِيرُّة] bermakna besi dalam bahasa Andalus.

Kata al-Qastalani [القسطلاني]: Besi kerana kuat berpegang kepada agama, melawan golongan sesat dan banyak manfaat bagi kaum muslimin.

Beliau berpindah ke Mesir ketika berumur 30 tahun pada tahun 572H selepas Salahuddin al-Ayyubi menjadi pemerintah di Mesir dan mendirikan Daulah Ayyubiyah. Disana beliau mendapat pengiktirafan sewajarnya.

Untuk sirahnya yang lengkap boleh dirujuk dalam kitab sirah beliau.

8. Apa nama sebenar syair ini?

Hirzul Amani wa Wajhut Tahani [حرز الأماني ووجه التهاني].

9. Adakah syair ini sebagai bentuk ilmu Qiraat pertama sekali dibincangkan atau ia kesinambungan penulisan ulama terdahulu?

Kesinambungan terdahulu, ia adalah ringkasan Kitab al-Taisir [التيسير] oleh Abu Amru al-Dani [أبى عمرو الداني] dalam Qiraat 7.

10. Berapa bilangan bait Syatibi?

1173 bait.

Write a comment