31.
Surah apa disebut ‘Basmalah’ 2 kali?
Surah
al-Naml (سورة النمل). Pertama diawal surah, kedua pada ayat 30:
إِنَّهُ مِنْ سُلَيْمَانَ
وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
(٣٠)
32.
Surah apa dinamakan sempena ‘Asmaul Husna’?
Surah
al-Rahman (سورة الرحمن) - Yang Maha Penyanyang, Surah al-‘Ala (سورة الأعلى) - Yang
Maha Tinggi dan Surah al-Nur (سورة النور) - Yang Maha Bercahaya.
33.
Surah apa dinamakan sempena nama hari?
Surah
al-Jumu’ah (سورة الجمعة) - Hari Jumaat.
34.
Surah apa dinamakan sempena nama waktu solat?
Surah
al-Fajr (سورة الفجر) - waktu Subuh dan Surah al-‘Asr (سورة العصر) - waktu
Asar.
35.
Surah apa dinamakan sempena nama buah?
Surah
al-Tin (سورة التين) - buah tin.
36.
Surah apa dinamakan sempena nama haiwan?
Surah
al-Baqarah (سورة البقرة) - lembu, Surah al-Nal (سورة النحل) - lebah,
Surah al-Naml (سورة النمل) - semut, Surah al-Ankabut (سورة العنكبوت) -
labah-labah dan Surah al-Fil (سورة الفيل) - gajah.
37.
Surah apa diberakhir dengan waktu solat?
Surah
al-Qadr (سورة القدر):
سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ
الْفَجْرِ (٥)
Ertinya:
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
38.
Surah apa dinamakan sempena nama sungai?
Surah
al-Kauthar (سورة الكوثر) - nama sungai di syurga.
39.
Surah apa dinamakan sempena nama bintang?
Surah
al-Syams (سورة الشمس) - matahari, Surah al-Najm (سورة النجم) - bintang.
40.
Surah apa dinamakan sempena nama bulan?
Surah
al-Qamar (سورة القمر) - bulan.
Write a comment
Catat Ulasan