11.
Berapa bilangan huruf al-Quran?
323670
huruf.
12.
Berapa bilangan ‘Hizib’ (حزب) al-Quran?
60
hizib.
13.
Berapa bilangan ‘Rubu’’ (ربع) dalam
al-Quran?
240
rubu’ atau maqra’. Quran sebanyak 30 juzuk darab 8 rubu’ setiap juzuk maka
semua berjumlah 240 rubu’.
14.
Ayat apa paling awal diturunkan?
Ayat
dari Surah al-‘Alaq (سورة العلق) 1-5:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي
خَلَقَ (١) خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (٢) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ (٣) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (٤) عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (٥)
Ertinya:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan
Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
(4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)
15.
Berapa sujud sejadah dalam al-Quran?
14
tempat.
16.
Apa surah yang ada sujud sajdah?
Surah
al-‘Araf (سورة الأعراف), Surah al-Ra’d (سورة الرعد), Surah al-Nahl
(سورة النحل), Surah al-Isra’ (سورة الإسراء), Surah
Maryam (سورة مريم), Surah al-Hajj (سورة الحج), Surah
al-Furqan (سورة الفرقان), Surah al-Naml (سورة النمل), Surah
al-Sajdah (سورة السجدة), Surah Sad (سورة ص), Surah Fussilat (سورة فصلت), Surah
al-Najm (سورة النجم), Surah al-Insyiqaq (سورة الإنشقاق) dan Surah
al-‘Alaq (سورة الأعلى).
17.
Berapa lama tempoh al-Quran diturunkan?
Selama
23 tahun.
18.
Apa surah yang pertama sempurna diturunkan?
1.
Surah al-Furqan (سورة الفرقان) mengikut pendapat Ibnu Abbas (ابن عباس).
2.
Surah al-Muddaththir (سورة المدثر) mengikut pendapat Abdullah bin
Jabir (عبد الله بن جابر).
19.
Apa ayat akhir sekali diturunkan?
Ayat
Hutang dalam Surah al-Baqarah (سورة البقرة) iaitu ayat
282:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ....الخ
Setengah
qil mengatakan Surah al-Nasr (سورة النصر) dan beberapa pendapat lagi.
Insya’ Allah akan diterangkan dalam bab yang khusus.
20.
Apa surah paling panjang?
Surah
al-Baqarah (سورة البقرة) iaitu sebanyak 286 ayat.
Write a comment
Catat Ulasan