Nama Uzair Dalam Quran

Uzair bin Jarwah seorang yang soleh, mustajab doanya, menghafaz Taurat dimana pada zamannya tiada seorang pun yang menghafaz Taurat. Kuburnya di Damsyiq. Setengah pendapat mengatakan bahawa beliau ialah seorang Nabi. Disebut satu kali dalam al-Quran:

1. Surah al-Taubah (سورة التوبة) ayat 30:

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ذَلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ (٣٠)

Ertinya: Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

Write a comment