Musabaqah Quran Kali 32 Mekah



Sebanyak 188 peserta melibatkan 64 negara menyertai Musabaqah Quran Antarabangsa al-Malik Abdul Aziz kali ke 32 (مسابقة الملك عبدالعزيز الدولية لحفظ القرآن الكريم وتجويده وتفسيره الثانية والثلاثين). Musabaqah ini hanya melibatkan ujian hafazan Quran dan berlangsung di Masjidil Haram, Mekah. Acara ini berlangsung pada 27 Disember 2010 bersamaan 21 Muharram 1432 Masihi.

Kerajaan Saudi memperuntukkan hadiah wang tunai sebanyak SR 888,000. Terbahagi kepada 5 kategori. Iaitu:
1. Ujian Quran 30 juz, tajwid dan tafsir.
2. Ujian Quran 30 juz dan tajwid.
3. Ujian Quran 20 juz dan tajwid.
4. Ujian Quran 10 juz dan tajwid.
5. Ujian Quran 5 juz dan tajwid (hanya untuk bukan negara Islam seperti Australia dan lain-lain).


Kategori utama, juara akan membawa balik wang tunai sebanyak SR 75 ribu, tempat kedua SR 72 ribu dan tempat ketiga SR 69 ribu. Manakala tempat keempat SR 66 ribu dan kelima SR 63 ribu.

Dalam kategori kedua 5 pemenang pertama akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak SR 55 ribu, SR 52 ribu, SR 49 ribu, SR 46 ribu dan SR 43 ribu.

Kategori ketiga pula SR 40 ribu, SR 37 ribu, SR 34 ribu, SR 31 ribu and SR 28 ribu. Kategori keempat, SR 25 ribu, SR 22 ribu, SR 19 ribu, SR 16 ribu dan SR 13 ribu. Kategori kelima SR 10 ribu, SR 8 ribu, SR 6 ribu, SR 5 ribu dan SR 4 ribu.


Acara berlangsung berdekatan Kaabah selepas solat Maghrib. Hakim yang mengadili musabaqah ini sebanyak 10 orang dan 4 daripadanya negara Saudi. Iaitu Dr. Imad bin Zahir Hafiz (الدكتور عماد بن زهير حافظ), Dr. Ibrahim bin Said al-Dusuri (الدكتور إبراهيم بن سعيد الدوسري), Syeikh Soud bin Abdul Aziz Ghanim (الشيخ سعود بن عبدالعزيز الغنيم) dan Dr. Salim Mahmud Syanqiti (الدكتور السالم محمود محمود الشنقيطي). Enam lagi daripada negara Mesir, Syria, Maghribi, Nigeria, Brunei dan Indonesia. Malaysia tarak yer hehehe....

Write a comment