Maahad Al-Ma’sarawi







Maahad Al-Ma’sarawi berasal dari nama pengasasnya Syeikh Dr. Ahmad Isa al-Ma’sarawi, Ketua Umum Muqri’ Mesir atau lebih mudah kita panggil Syeikhul Qurra’ Mesir. Maahad atau markaz pembelajaran al-Quran dan Qiraat ini sudah wujud 3 tahun yang lampau.


Maahad ini terletak di Madinatun Nasr/Nasr City [مدينة النصر]. Beralamat di Masjid al-Mu’min al-Muhaimin, Akhir Metro, Jalan Mustafa al-Nahas, Hayyu Thamin.


Maahad ini semakin popular dikalangan masyarakat terutama bangsa Mesir sendiri dan ada juga orang asing seperti Uzbekistan, Afrika dan Malaysia. Popular kerana pelajar ingin bertalaqi dan mendapat sentuhan tangan Syeikh Isa al-Ma’sarawi. Seorang pakar Qiraat yang terkenal di seantero dunia Islam. Di Mesir ramai syeikh qiraat tapi Syeikh Isa al-Ma’sarawi adalah antara syeikh yang duduk dibarisan hadapan. Kalau perang kene tembak dulu....hihihi.


Satu lagi menjadi tarikan utama ialah kerana Maahad ini akan memberikan sanad atau ijazah khusus yang bersambung riwayatnya sampai kepada Nabi Muhammad SAW. Berbeza dengan maahad qiraat kelolaan al-Azhar seperti di Shubra, sanad dalam sijil mereka hanya dinyatakan - “Telah dijazahkan sanad Syeikh Qiraat kamu berserta riwayatnya yang bersambung dengan Rasululllah SAW.” Kalau ijazah khusus akan dinyatakan nama syeikh satu persatu sampai kepada Sahabat r.a dan Rasulullah SAW. Kerana kelebihan inilah (nak nama syeikh satu persatu) ramai pelajar kita membeli sanad. Itulah istilah yang bermain dibibir pelajar. Mereka membayar sejumlah wang kalau dahulu USD 300 kepada syeikh kemudian mereka membaca secara talaqi dihadapan syeikh sampai khatam 30 juzuk. Mereka sekadar baca tapi tidak mahir menguasai qiraat tersebut. Kalau diminta memberikan dalil dari matan Syatibi atau Jazari mereka tidak mampu. Itu sanad beli.


Sekarang pun ada di Malaysia. Buat iklan, buka kelas mengaji Quran dan Tajwid bersanad, kononnya lebih merekalah dari mengajar tidak bersanad. Hahahaha....kalau yang buat iklan itu adalah geng beli sanad maka lu piker sendirilah.


Kelas disana ada 6 hari. Tiga hari untuk wanita iaitu Ahad, Selasa dan Khamis. Manakala 3 hari lagi untuk lelaki iaitu Sabtu, Isnin dan Rabu. Kuliah pula ada 3 bahagian. Ada kelas tajwid, mengulang hafazan dan paling tinggi kelas sanad.


Peperiksaan juga ada, terbahagi kepada 3 bahagian. 60% untuk hafazan, 25% untuk tajwid teori dan 15% untuk tajwid amali. Markah lulus 70% ke atas. Peperiksaan dijalankan setelah habis tasmik 10 juzuk, bermakna 3 kali periksa. Dan untuk mendapat ijazah daripada beliau harus lulus markah 80% ke atas dari jumlah keseluruhan 3 kali peperiksaan tersebut.


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:


Nasr City [Ibu Pejabat]: Masjid al-Mu’min al-Muhaymin, Akhir Mitro, Mustafa al-Nahas street, Al-Hayy al-Thamin (8th District), Nasr City. Tel: +20111268849
Al-Sayyidah Zaynab: +20122114523 / +2023960452
Midan al-Jaysh: +20112851439
Al-Moqattam: +20120615915
Alexandria: +20188899910
Faqus: +2055398370
Tajammu’ al-Khamis: +20193005669 / +20227575715


Write a comment