KUALA LUMPUR, 1
Jan | Tiada sebab berasa malu mempelajari al-Quran kerana perasaan itu hasutan
syaitan yang menjadikan manusia semakin jauh daripada kitab suci itu, kata
pengarah Datuk Rosyam Nor.
Pelakon filem
“KL Menjerit” berkata perasaan itu harus dibuang jauh kerana berdasarkan kaji
selidiknya “sembilan daripada 10 orang Islam tidak tahu mengaji.”
“Cuba bayangkan,
saya Rosyam Nor, saya artis dan orang kenal, tetapi saya tidak tahu mengaji.
Itu lebih malu jika dibandingkan dengan orang lain.
“Tapi
alhamdulillah saya sudah belajar mengaji lebih dari tiga tahun dan saya dapat
membaca al-Quran dengan baik,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari
ini.
Tidak hanya
bergiat aktif dalam bidang seni, pengacara rancangan realiti “Da’i” juga
terkenal dalam bidang perladangan.
Memiliki 60
hektar ladang nangka madu dan durian belanda di Lanchang, Pahang, Rosyam mahu
mencipta nama dalam bidang pertanian.
“Saya
bercita-cita memberi motivasi kepada golongan muda. Menceburi bidang pertanian
juga mampu meraih pendapatan lumayan.
“Saya berjaya
dalam bidang lakonan, saya juga mahu menjadi ikon dalam pertanian satu hari
nanti,” katanya kepada akhbar itu.
Sempena sambutan
tahun baru hari ini, Rosyam, 48, berkata dirinya tidak meletakkan sebarang azam
kerana tidak pasti apa yang bakal berlaku.
Katanya, peluang
sedia ada dimanfaatkan sebaik mungkin namun tidak menolak rezeki yang menyapa
kemudian.
“Jujurnya, saya
tidak pernah meletakkan sebarang azam. Saya seorang yang mudah dan ringkas,
saya hanya buat apa saja yang ada di depan mata.
“Kadang-kadang,
apabila kita berazam, kita sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa
akan datang.
“Sebab itu, apa
yang ada di depan mata, rezeki yang ada saya akan terus mempertahankannya,”
beliau dilaporkan berkata.
Sumber: Themalayonline
Sumber: Themalayonline
Write a comment
Catat Ulasan