Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengisytiharkan Hari Nuzul al-Quran sebagai hari kelepasan am bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula tahun depan.
Hari Nuzul Al-Quran Hari Kelepasan Am Ketiga-Tiga Wilayah Persekutuan Mulai
2014
Kerajaan
Persekutuan bersetuju untuk mengisytiharkan Hari Nuzul al-Quran sebagai hari
kelepasan am bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
bermula tahun depan.
Jabatan Perdana
Menteri dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan hari kelepasan am tersebut
telah pun diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
Selain itu,
kerajaan turut menetapkan satu hari kelepasan am tambahan bagi ketiga-tiga
Wilayah Persekutuan tersebut pada 3 Februari 2014, iaitu pada hari Isnin,
berikutan pertindihan cuti Hari Wilayah Persekutuan dengan hari kedua Tahun
Baru Cina yang jatuh pada pada hari Sabtu, 1 Februari, 2014.
Menurut
kenyataan itu, pengisytiharan cuti am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan
Labuan adalah berdasarkan Seksyen 9(2) akta yang sama.
"Pengumuman
ini diharapkan membolehkan orang ramai membuat perancangan awal," menurut
kenyataan itu. - Bernama, 28 November, 2013.
© Malaysian Insider
Write a comment
Catat Ulasan