Usahasama Yayasan Restu Dan Pos Malaysia

mushaf al-quran cetakan yaysan restu dengan kerjasama pos malaysia


Saya terperasaan iklan ini ketika pergi membayar bil di pejabat pos. Saya ambil satu. Saya kira ia patut dikongsi. Ia adalah projek usahasama antara Yayasan Restu dan Pos Malaysia. Caranya mudah, anda isi borang dan serahkan ke kaunter pos beserta wang. Mushaf Al-Qur'an anda akan dihantar ke alamat rumah anda.


mashaf malaysia dengan kerjasama pos malaysia

Al-Qur’an Mushaf Malaysia Terus Ke Rumah Anda


• Usahasama pemakmuran mushaf negara di antara Yayasan Restu dan Pos Malaysia.
• Teks al-Qur’an daripada salinan tangan anak Malaysia.
• Format dalam Rasm Uthmani
• Menggunakan khat Nasakh yang mudah dibaca.
• Pilihan terjemahan dalam Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang mudah difahami.
• Terjemahan Lafziyyah (Perkata) dalam bahasa Malaysia moden.
• Cetakan mushaf 4 warna ragam seni visual Malaysia.
• Boleh didapati di 703 cawangan Pejabat Pos seluruh Malaysia.
• Saksikan usaha penyalinan mushaf di Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam, Selangor.
• Koleksi 9 manuskrip salinan tangan beriluminasi penuh pelbagai variasi.
• Penerbitan mushaf khas negara Singapura, Nigeria, Kazak dan Khmer.
• Pilihan terjemahan dalam Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang mudah difahami.
• Kolej RESTU menawarkan Pengajian dalam bidang:

- Diploma Seni Islam & Kaligrafi
- Diploma Perbankan Islam
- Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islamik
- Diploma Kejuruteraan Automotif
- Asas Pengurusan Perniagaan

Sepanjang pengajian pelajar akan mengikuti dan ditauliahkan Sijil Hafazan Al-Qur’an Bersanad


SYARAT-SYARAT & PERATURAN

1.1 Pelanggan hendaklah mengemukakan bayaran secukupnya semasa menyerahkan borang pesanan yang telah lengkap diisi kepada petugas kaunter.

1.2 Bayaran dibuat secara tunai sahaja.

1.3 Keratan slip bayaran yang telah dicetak computer Pejabat Pos hendaklah disimpan sebagai rujukan pelanggan.


PEMBATALAN / PINDAAN MAKLUMAT PESANAN

2.1 Pembatalan atau pindaan maklumat pesanan hendaklah di lakukan dalam tempoh urusniaga pada hari yang sama pesanan secara online tidak dibenarkan.

2.2 Sebarang pembatalan atau pindaan maklumat pesanan selepas daripada waktu terakhir tidak akan dilayan.

PENGEMBALIAN DAN PERTUKARAN BARANG PESANAN

3.1 Sebarang urusan pengembalian barang pesanan, ketidakpuasan produk dan pertukaran barang yang telah dipesan adalah tanggungjawab Yayasan Restu.

3.2 Pemesan atau pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Yayasan Restu di talian 03-5511 9001 / 2 / 3 atau 019-3893 788, laman web: www.restu-art.com

3.3 Sebarang pertukaran nama dan alamat penerima tidak dibenarkan kecuali dalam tempoh urus niaga pada hari yang sama.

PENGHANTARAN BARANG PESANAN

4.1 Barangan yang telah dipesan akan diltantar dalam jangkamasa 14 hari bekerja dari tarikh pesanan diterima di Pejabat Pos.

4.2 Alamat serahan kepada petisurat (P.O. Box) tidak dibenarkan.

4.3 Pesanan akan dihantar kepada penerima seperti alamat yang dinyatakan dalam Borang Pesanan.

WARANTI

5.1 Semua syarat clan waranti produk adalah tertakluk kepada persetujuan dan terma syarat Yayasan Restu. Pihak Pos Malaysia Berhad tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kecatatan atau kecelaan kepada produk. 

KOD PRODUK
TAJUK
KUANTITI
HARGA PRODUK
JUMLAH
HARGA (RM)
Semenanjung
Sabah/Sarawak
AMM7K
Al-Qur’an Mushaf Malaysia

RM 75.00
RM 80.00

AMMTK
Al-Qur’an Al-Karim & Terjemahan (H/C)

RM 85.00
RM 90.00

AMMTL
Al-Qur’an Al-Karim & Terjemahan (S/C)

RM 70.00
RM 80.00

AMMEK
The Holy Qur’an With Text & Translation (H/C)

RM 85.00
RM 90.00

AMMEL
The Holy Qur’an With Text & Translation (S/C)

RM 65.00
RM 70.00

AMM6K
Al-Qur’an Mushaf Malaysia H/C (15x21)

RM 40.00
RM 45.00

AMM6L
Al-Qur’an Mushaf Malaysia S/C (15x21)

RM 35.00
RM 40.00

AMMP3
Al-Qur’an Al-Karim & Terjemahan Perkata

RM 95.00
RM 100.00

AMTJ1
Juz Amma Tajwid

RM 23.00
RM 28.00


Write a comment