Sifat Orang Mukmin Dalam Al-Quran 1


Dalam al-Quran ada menyebut beberapa sifat orang beriman/mukmin. Jadi kita menyemak apakah ayat-ayatnya. Semoga bermanfaat.

1
Orang Beriman Yang Berjaya Ialah:

Disebut dalam Surah al-Mukminun ayat 1-11:


قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (١) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ (٢) وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ (٣) وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ (٤) وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (٥) إِلا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (٦) فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (٧) وَالَّذِينَ هُمْ لأمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ (٨) وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ (٩) أُولَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ (١٠) الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (١١) سورة المؤمنون

Ertinya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, ۝ Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya; ۝ dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang sia-sia; ۝ dan mereka Yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); ۝ dan mereka Yang menjaga kehormatannya, ۝ kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnya mereka tidak tercela: ۝ Kemudian, sesiapa Yang mengingini selain dari Yang demikian, maka merekalah orang-orang Yang melampaui batas; ۝ dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya; ۝ dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya; ۝ mereka itulah orang-orang Yang berhak mewarisi ۝ Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. ۝

Sifat tersebut ialah:

1
Khusyuk dalam solat
2
Menjauhi daripada perbuatan maksiat
3
Membayar zakat
4
Menjaga maruah diri
5
Amanah
6
Menepati janji
7
Memelihara solat

Sesiapa menepati kesemua sifat tersebut maka dia layak duduk dalam syurga Firdaus. Tetapi intinya mestilah khusyuk dalan solat kerana dengan solat yang sempurnalah dapat mencegah kita dari melakukan maksiat dan mendorong diri berbuat kebaikan.

Write a comment