Soal Jawab Berkaitan Al-Quran 1


1. Apa takrif al-Quran?

Al-Quran ialah Kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, membacanya menjadi ibadah (dapat pahala), yang sampai kepada kita secara tawatir (diriwayatkan secara ramai orang) dan terpelihara ia (al-Quran) daripada pindaan dan perubahan.

Firman Allah dalam Surah al-Hijr (سورة الحجر) ayat 9:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ (٩)

Ertinya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

2. Berapa bilangan surah al-Quran?

114 surah.

3. Berapa bilangan surah yang diturunkan di Mekah?

86 surah.

4. Berapa bilangan surah yang diturunkan di Madinah?

28 surah.

5. Apa maksud Surah Makkiyyah (السور المكية)?

Mengikut pendapat yang rajah ialah surah yang diturunkan sebelum Hijrah walaupun di luar Mekah.

6. Apa maksud Surah Madaniyyah (السور المدنية)?

Mengikut pendapat yang rajah ialah surah yang diturunkan selepas Hijrah walaupun di luar Madinah.

7. Apa beza Surah Makkiyyah dan Surah Madaniyyah?

Surah Makkiyyah berkaitan peringatan, ugutun orang yang melanggar hukum Allah, berita gembira orang beriman, syurga neraka.

Surah Madaniyyah berkaitan hukum syara’.

8. Berapa bilangan ayat al-Quran?

6236 ayat mengikut pendapat yang rajih.

9. Berapa bilangan kalimat al-Quran?

77439 kalimat.

10. Apa kalimat al-Quran paling panjang?

Kalimat dalam Surah al-Hijr (سورة الحجر) ayat 22 iaitu sebanyak 11 huruf:

فَأَسْقَيْنَاكُمُوهُ

Ertinya: Kemudian Kami berikan kamu meminumnya.


Write a comment