Nota Penting Berkaitan Bacaan Quran (3)

1. Pada ayat [آتَانِيَ] dalam Surah al-Naml ayat 36 ada dua wajah:


Ertinya: Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).


Jikalau wakaf pada ayat lafaz tersebut maka dua wajah:

فَمَا آتَانِيْ / فَمَا آتَانْ

Jikalau wasal ada satu wajah:

فَمَا آتَانِيَ اللهُ

2. Imalah pada lafaz [مَجْرَاهَا] dalam Surah Hud ayat 41:


Ertinya: Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Bacaan riwayat Hafs iaitu yang diamalkan negara kita hanya Imalah pada lafaz ini sahaja. Perlu kepada guru untuk mentashihkan bacaan.

3. Tashil pada lafaz [أَأَعْجَمِيٌّ] dalam Surah Fussilat ayat 44:


Ertinya: Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).

Bacaan riwayat Hafs iaitu yang diamalkan negara kita hanya Tashil pada lafaz ini sahaja. Perlu kepada guru untuk mentashihkan bacaan.

* Untuk lebih tahqiq hendaklah merujuk kepada guru Quran agar sebutan kita betul-betul sahih.

Write a comment