Seorang lagi qurra’ yang alim yang masih berbaki pada zaman kini ialah Syeikh Ilyas bin Ahmad Hussain al-Burmawi (إلياس بن أحمد حسين البرماوي) masyhur dengan al-Sa’ati (الساعاتي). Lahir di Mekah pada tahun 1967, belajar disana kemudian berpindah ke Madinah al-Munawwarah. Talaqi Quran dengan ulama qiraat di 2 Tanah Haram - memang pior syeikh qurra’ Tanah Hijaz nih.
Mengarang kitab pun banyak, mempunyai lebih 600 orang anak murid yang bersanad dengan beliau dan telah berguru seramai 103 orang guru dalam pelbagai ilmu meliputi qiraat, tajwid, hadith dan ulum syariah. Juga beliau telah mengarang sebanyak 15 kitab setakat ini.
Write a comment
Catat Ulasan